BANTUANJadual BayaranMySTR

MySTR : Jadual Lengkap Bayaran Bantuan Tunai Tahun 2024

MySTR : Jadual Lengkap Bayaran Bantuan Tunai Rahmah bagi sesi tahun 2024 telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan. Seperti yang sedia maklum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau STR ini adalah salah satu bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

MYSTR : JADUAL LENGKAP BAYARAN BANTUAN TUNAI

Pihak kerajaan pada awal tahun ini telah memaklumkan jadual lengkap pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah. Pengagihan bantuan tunai STR disalurkan berperingkat melalui empat (4) fasa pembayaran sepanjang tahun ini.

Lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia layak menerima manfaat daripada bantuan tunai khas STR pada tahun ini yang melibatkan 3 kategori penerima iaitu bujang, warga emas dan isi rumah.

Bayaran STR fasa pertama dan kedua dikreditkan pada 29 Januari dan 3 April lalu secara berperingkat. Bagi bayaran STR fasa ketiga dan keempat pula disalurkan pada Ogos dan November nanti, tarikh rasmi akan dikemaskini selepas pengumuman dibuat.

KADAR LENGKAP BAYARAN MYSTR MENGIKUT KATEGORI

Bagi sesi tahun ini, kadar jumlah keseluruhan pemberian sumbangan tunai rahmah adalah dari RM350 sehingga RM2,500 setahun. Berikut adalah pecahan jumlah bayaran STR mengikut kategori penerima dan bilangan anak isi rumah :

KATEGORI PENERIMA BERSTATUS ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Bilangan anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM2,500

PENERIMA BERSTATUS ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM1,250

KATEGORI BELIA BUJANG (21 TAHUN KEATAS)

  • RM350 seorang

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM600 seorang.

Nota : Jumlah bantuan STR diatas akan dikreditkan mengikut pecahan jumlah yang telah ditetapkan setiap fasa.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR SETIAP FASA

Kepada penerima sedia ada sumbangan tunai rahmah, anda boleh membuat pengemaskinian maklumat terkini jika ada dan semakan status bayaran setiap fasa. Untuk semakan dan panduan lengkap, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum masyarakat.

The post MySTR : Jadual Lengkap Bayaran Bantuan Tunai Tahun 2024 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button