MySTR : Bantuan Tunai RM150 – Bermula Isnin ini, 24 Mac 2025, golongan bujang di negara ini akan menerima pembayaran bantuan secara one-off. Inisiatif ini merupakan salah satu langkah kerajaan untuk membantu masyarakat yang terjejas akibat pelbagai cabaran ekonomi.

Kehadiran sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban golongan bujang yang memerlukan bantuan kewangan segera.

BANTUAN TUNAI MYSTR RM150 – RM650

Pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah terbuka kepada semua golongan bujang yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Walaupun maklumat terperinci akan diumumkan oleh pihak kerajaan, pemohon digalakkan untuk menyemak laman rasmi serta sumber berita tempatan bagi mendapatkan kepastian berkenaan dengan syarat dan prosedur permohonan.

Bukan golongan bujang sahaja, kategori warga emas dan isi rumah B40 dan M40 juga akan menerima manfaat STR pada minggu hadapan. Jumlah bayaran ditentukan mengikut gaji pendapatan dan bilangan tanggungan bagi setiap keluarga.

Pembayaran bantuan tunai MySTR fasa 2 ini bukan sahaja memberikan sokongan kewangan kepada rakyat tetapi juga dapat mendorong peningkatan dalam perbelanjaan domestik. Dengan adanya sokongan ini, diharapkan golongan bujang dapat menguruskan keperluan harian dengan lebih baik, sekali gus membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Sumbangan tunai rahmah ini juga merupakan satu usaha yang menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat. Tambahan kini hampir menjelang perayaan aidilfitri, rakyat boleh gunakan insentif bantuan ini bagi membuat persiapan yang lebih baik.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI MYSTR

Pengkreditkan secara terus ke dalam akaun bank penerima akan mula disalurkan pada 24 Mac 2025. Bagi penerima tiada kad bank, anda boleh tebus secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Seperti pembayaran sumbangan tunai rahmah fasa sebelum ini, terdapat individu yang menerima bayaran lebih awal daripada tarikh bayaran. Untuk semakan status bayaran STR anda, sila layari laman web rasmi – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Pelbagai program dan insentif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan MADANI sepanjang tahun ini bagi meringankan beban penduduk. Sila lihat senarai insentif yang ditawarkan dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post MySTR : Bantuan Tunai RM150 Untuk Golongan Bujang appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: