BANTUANMAIWP

MAIWP : Bantuan Khas RM500 Sempena Menyambut Aidiladha

MAIWP : Bantuan Khas RM500 akan disalurkan kepada mereka yang berkelayakan sempena menyambut aidiladha yang bakal tiba. Untuk makluman umum, inisiatif khas ini merupakan bantuan kewangan yang akan diagihkan pada bulan hadapan.

MAIWP : BANTUAN KHAS RM500

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengumumkan akan menyalurkan bantuan insentif khas berjumlah RM500 pada bulan Jun. Mereka yang berkelayakan menerima insentif ini adalah golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pemberian sumbangan istimewa ini adalah bersempena persediaan bagi menyambut perayaan aidilfitri tahun 2024. Datuk Mohd Na’im Mokhtar selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama berkata, MAIWP telah memperuntukan sekitar RM16 juta daripada wang kutipan zakat.

Seramai 32,300 penerima terdiri daripada golongan asnaf, fakir miskin, mualaf dan ar-riqab akan terlibat menerima bantuan khas ini. Dengan adanya program sumbangan ini dapat membantu mengurangkan beban mereka yang sangat-sangat memerlukan bagi menyambut perayaan aidiladha.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MAIWP RM500

Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah memaklumkan, bantuan khas bernilai RM500 ini akan dikreditkan selewat-lewatnya sebelum raya korban iaitu 14 Jun ini. Semoga dengan wang zakat yang dibayar oleh pembayar zakat mendapat keberkatan dan dilimpahkan rezeki.

Pihak MAIWP sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk menyantuni keperluan dan kebajikan golongan kurang berkemampuan (asnaf) dengan sebaik-baiknya. Untuk semakan pelbagai program yang ditawarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, sila rujuk di laman rasmi – MAIWP

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan boleh dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

The post MAIWP : Bantuan Khas RM500 Sempena Menyambut Aidiladha appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button