KIRWaS : Bantuan RM500 untuk ketua isi rumah wanita, kerajaan negeri telah membuat langkah positif melalui pelaksanaan inisiatif bantuan ini. Program bantuan tunai one-off ini ditawarkan khusus kepada ketua isi rumah wanita, yang dikenali sebagai KIRWaS.
KIRWAS : BANTUAN RM500 (ONE-OFF)
Perlaksanaan insentif ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada ketua isi rumah yang terdiri daripada wanita dan ibu tunggal. Melalui inisiatif ini, setiap penerima berhak mendapat bantuan berjumlah RM500, yang diharapkan dapat meringankan beban kewangan mereka dalam situasi yang mencabar.
Pendaftaran permohonan bagi bantuan Kirwas ini telah dibuka mulai 25 Jun 2024 hingga kini. Para pemohon yang memenuhi syarat kelayakan digalakkan untuk mendaftar segera agar tidak terlepas peluang ini.
Proses pendaftaran direka untuk menjadi mudah dan mesra kepada rakyat, agar mereka dapat mengakses bantuan ini tanpa kesulitan. Inisiatif Kirwas bukan sahaja memberikan bantuan kewangan, tetapi juga membawa harapan kepada wanita yang menjadi ketua isi rumah.
Melalui sokongan ini, diharapkan mereka dapat mencari satu penyelesaian untuk menyara keluarga mereka. Selain itu, program ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap isu-isu yang dihadapi oleh wanita dalam masyarakat.
SYARAT KELAYAKAN KIRWAS RM500
Antara syarat-syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan dalam Program KIRWaS adalah sperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan keatas
- Pendapatan bulanan dibawah RM1,298
- Usahawan ketua isi rumah dan/ atau ibu tunggal
- Pemegang kad pengenalan (IC) berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan ‘K’
- Bukan penerima bantuan kebajikan.
PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN KIRWAS
Seperti yang telah dimaklumkan, pendaftaran bantuan ini dibuka sepanjang tahun kepada rakyat Malaysia yang merupakan penduduk Sarawak. Mereka yang berkelayakan diajak untuk mendaftar permohonan secara dalam talian.
Panduan lengkap dan butiran penuh berkenaan bantuan ini telah disediakan, sila kunjungi laman rasmi – JWKS (KIRWaS)
Pemohon yang lulus, bantuan ini akan disalurkan secara terus (one-off) ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Selain itu terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post KIRWaS : Bantuan RM500 Untuk Ketua Isi Rumah Wanita appeared first on Carianterbaru.