Kerajaan Umum Inisiatif Tol Percuma Sempena Krismas 2024
Kerajaan Umum Inisiatif Tol percuma sempena sambutan Krismas 2024 yang akan memberikan manfaat kepada semua pengguna kenderaan persendirian. Inisiatif ini adalah langkah signifikan dalam menyokong rakyat untuk merayakan perayaan ini tanpa bebanan tambahan dari segi kos perjalanan.
KERAJAAN UMUM INISIATIF TOL PERCUMA
Berita baik untuk rakyat Malaysia sempena sambutan hari krimas tidak lama lagi. Pengecualian bayaran tol ini akan berkuat kuasa pada 23 dan 24 Disember 2024, di seluruh negara.
Dalam penjelasannya, Datuk Seri Alexander, Menteri Kerja Raya, telah memaklumkan bahawa syarikat pengendali tol akan menerima sebanyak RM38 juta sebagai implikasi dari pelaksanaan inisiatif ini. Langkah ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam memberikan kemudahan kepada rakyat sempena perayaan.
Walau bagaimanapun, perlu diperhatikan bahawa semua tol akan terlibat dalam pengecualian ini, kecuali untuk Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Tol Tanjung Kupang di Johor. Langkah ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan pengguna dan menjadikan perjalanan lebih lancar dan selesa semasa musim perayaan.
Diharapkan inisiatif ini akan mendapat sambutan positif dari seluruh rakyat Malaysia, memberikan mereka peluang untuk menikmati sambutan Krismas tanpa risau tentang kos tol.
Pihak kerajaan menasihatkan semua pengguna lebuh raya untuk memanfaatkan pengecualian bayaran tol ini dengan bijak. Kepada mereka yang ingin bercuti, diharapkan dapat merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada musim cuti ini.
Pelbagai program, kemudahan dan inisiatif telah diperkenal dan akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Untuk lebih info kalian boleh kunjungi halaman rasmi – BELANJAWAN 2025 sebagai rujukan umum.
The post Kerajaan Umum Inisiatif Tol Percuma Sempena Krismas 2024 appeared first on Carianterbaru.