BANTUANFASA 3STR

Kategori Penerima Sumbangan STR Fasa 3 Telah Diumumkan!

Kategori Penerima Sumbangan STR bagi fasa 3 telahpun diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui kenyataan rasmi baru-baru ini. Untuk makluman umum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah akan mula dikreditkan pada 29 Ogos ini.

Kategori Penerima Sumbangan STR Ogos Ini

Dalam kenyataan rasmi pihak kerajaan, bagi pembayaran fasa kali ini akan melibatkan semua kategori iaitu bujang, warga emas dan berkeluarga. Setiap kategori penerima dibayar pada kadar yang ditetapkan mengikut kelayakan pendapatan dan bilangan anak.

Pemberian sumbangan STR fasa ketiga akan memberi manfaat kepada sekitar 8 juta penduduk Malaysia. Kadar bayaran yang dikreditkan adalah sehingga RM650, dibawah adalah jumlah yang diberikan mengikut kategori :

  • Isi rumah B40 : RM150 – RM650 (Jumlah mengikut bilangan tanggungan anak
  • Isi rumah M40 : RM150 – RM300 (Jumlah mengikut bilangan tanggungan anak
  • Belia bujang : RM50
  • Warga emas bujang : RM150.

Pastikan anda sentiasa kemaskini maklumat peribadi terkini bagi mendapatkan insentif pada kadar yang tepat serta mengelakkan sebarang masalah. Satu lagi, penerima perlu memastikan akaun bank berstatus aktif bagi dana bantuan dapat dikreditkan.

Tarikh Rasmi Bayaran Kepada Penerima Sumbangan STR

Pembayaran akan mula diagihkan pada 29 Ogos 2024 kepada penerima yang mempunyai akaun bank. Manakala kepada penerima tiada akaun bank, bantuan boleh ditebus secara tunai di Bank Simpanan Nasional mulai 18 September 2024.

Jadual lengkap Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : 29 Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024.

Semakan Status Bayaran Penerima Sumbangan STR Fasa 3

Kepada rakyat Malaysia, semakan status bayaran boleh dibuat secara online pada bulan Ogos ini untuk ketahui kadar bayaran dan tarikh dikreditkan. Untuk semakan, sila layari laman portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah – MySTR 2024

Nota : Sekiranya anda ingin tahu berapa kadar bayaran yang akan anda terima pada fasa keempat nanti. Anda boleh membuat congakkan dari jumlah diterima pada fasa 1,2 dan 3, baki akan diberikan pada fasa akhir nanti.

Maklumat Lanjut

Selain STR, kerajaan telah memperkenalkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Kategori Penerima Sumbangan STR Fasa 3 Telah Diumumkan! appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button