Kadar Jumlah Simpanan KWSP Ideal Sebelum Umur 35 Tahun
Kadar jumlah simpanan KWSP yang ideal sebelum mencecah usia 35 tahun adalah penting bagi menentukan simpanan persaraan. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah platform penting bagi pencarum yang ingin merancang masa persaraan.
KWSP berfungsi sebagai satu mekanisme untuk menyalurkan simpanan bagi kegunaan pada masa hadapan. Ini adalah penting bagi setiap individu untuk memahami jumlah yang perlu dicapai pada peringkat tertentu dalam hidup mereka.
KADAR JUMLAH SIMPANAN KWSP YANG IDEAL
Menurut seorang pengguna di laman X yang dikenali sebagai The Futurist. Adalah disyorkan agar rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya RM60,000 dalam Akaun 1 KWSP menjelang usia 35 tahun.
Jumlah ini menjadi asas penting untuk memastikan simpanan yang mencukupi bagi kehidupan selepas persaraan.
Selain dari simpanan di Akaun 1, jumlah keseluruhan simpanan KWSP yang ingin dicapai seharusnya lebih daripada RM80,000 jika digabungkan dengan jumlah dalam Akaun 2 dan fleksibel. Dengan pemahaman yang jelas mengenai angka-angka ini, pencarum dapat merancang langkah seterusnya dalam menyimpan dan melabur untuk masa hadapan mereka.
Alasan kadar jumlah ini adalah bagi memastikan setiap rakyat mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 dalam akaun persaraan apabila usia mencapai 55 tahun. Dengan purata pembayaran KWSP sebanyak 5.5% setahun, pencarum akan menerima dividen sekitar RM1,100 setahun jika memiliki jumlah simpanan seperti di atas.
Setiap nilai simpanan dalam akaun KWSP amat penting untuk waktu kecemasan, memerlukan dan hari tua. Para pencarum KWSP disarankan untuk sentiasa menabung untuk diri sendiri sebagai persediaan hari persaraan.
Pada tahun ini pihak KWSP telah menyediakan bermacam jenis kemudahan bagi memberi manfaat kepada ahli. Untuk ketahui lebih terperinci sila layari laman rasmi KWSP – https://www.kwsp.gov.my/ms/ sebagai rujukan umum.
The post Kadar Jumlah Simpanan KWSP Ideal Sebelum Umur 35 Tahun appeared first on Carianterbaru.