Jualan Ehsan Rahmah Mega – Menjelang sambutan Raya Aidilfitri, program JER ini akan berlangsung dari 25 Mac hingga 28 Mac 2025. Acara ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan penduduk melalui tawaran barangan keperluan asas pada harga yang lebih berpatutan.

Dengan pelbagai pilihan, setiap keluarga pasti akan dapat memenuhi keperluan sambutan raya mereka dengan lebih mudah.

PROGRAM JUALAN EHSAN RAHMAH MEGA

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan menganjurkan program jualan murah rahmah mega sempena hari raya. Ketua Pegawai eksekutif Kumpulan PKPS berkata 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat program jualan murah ini.

Berikut adalah kawasan DUN yang melaksanakan program JER ini :

  • Sungai Tua
  • Pandan Indah
  • Paya Jaras
  • Taman Templer
  • Kotang Anggerik
  • Batu 3
  • Bukit Antarabangsa
  • Semenyih
  • Meru
  • Tanjung Sepat
  • Kota Kemuning.

Jualan Ehsan Rahmah Mega akan menawarkan pelbagai barangan asas dari bahan makanan hingga permintaan penjagaan diri. Pengunjung boleh menikmati potongan harga yangbesar berbanding harga pasaran yang biasa.

Ini adalah peluang yang sangat baik untuk mendapatkan barangan yang diperlukan sempena perayaan dengan menjimatkan wang. Kepercayaan bahawa barang yang berkualiti boleh diperoleh dengan harga yang berpatutan adalah salah satu tujuan utama program ini.

Program Jualan Ehsan Rahmah ini bukan sahaja memudahkan persiapan sambutan Aidilfitri, tetapi juga mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat. Dengan setiap pembelian, penduduk Selangor bukan hanya mendapatkan barangan pada harga istimewa, tetapi juga menyokong usaha untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti.

Antara barangan asas adalah seperti ikan, ayam, telur, minyak, beras dan daging serta barang tambahan sempena aidilfitri. Barangan kering seperti kotak santan, bawang merah, cili, kerisik dan lain-lain akan disediakan kemudian.

Mari bersama-sama memanfaatkan jualan ini dan raikan perayaan dengan penuh kegembiraan. Anda boleh membuat semakan lokasi terkini jualan murah ini melalui laman rasmi – MyPKPS

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Pelbagai program, kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi memberi manfaat kepada rakyat sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Jualan Ehsan Rahmah Mega Sehingga 28 Mac 2025 appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: