Inisiatif Sentuhan Kasih Rakyat – Seperti yang telah diumumkan, bayaran Fasa 1 kini telah mula disalurkan secara berperingkat. Program ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan sokongan kewangan dalam menghadapi cabaran ekonomi.

Dengan sokongan ini, diharapkan dapat meringankan beban hidup rakyat terutama mereka yang berada dalam kelompok miskin dan miskin tegar.

INISIATIF SENTUHAN KASIH RAKYAT

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah ini diperkenalkan pada tahun 2025 bagi memberi manfaat kepada penduduk tempatan yang memerlukan. Perlaksanaan program ini bertujuan membasmi kemiskinan di negeri Sabah pada tahun ini.

Setiap penerima akan mendapat bayaran bantuan sebanyak RM300 sebulan, bersamaan dengan RM3,600 setahun. Bantuan ini akan diberikan secara kredit ke dalam akaun bank penerima, yang membolehkan mereka akses kepada dana ini dengan mudah.

Ini merupakan langkah yang tepat untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Selain daripada kredit ke dalam akaun bank, terdapat juga pilihan untuk menebus tunai.

Ini memberi fleksibiliti kepada penerima dalam menguruskan bantuan yang mereka terima, membolehkan mereka mengambil langkah yang paling sesuai dengan keperluan kewangan mereka. Dengan adanya pilihan ini, diharapkan proses pembayaran akan lebih lancar dan efisien.

JADUAL BAYARAN SENTUHAN KASIH RAKYAT

Berikut adalah jadual rasmi pembayaran bantuan khas Sentuhan Kasih Rakyat mengikut fasa :

  • Fasa satu : Januari – Mac 2025
  • Fasa dua : April – Jun 2025
  • Fasa tiga : Julai – September 2025
  • Fasa empat : Oktober – Disember 2025

Kaedah pembayaran dijalan secara :

  • Disalurkan secara terus ke dalam akaun bank
  • Secara tunai
  • Dikreditkan dalam e-wallet YONO.

Kriteria kelayakan penerima bantuan :

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’
  • Golongan miskin dan miskin tegar (tersenarai dalam ekasih).

SEMAKAN STATUS AGIHAN BANTUAN SENTUHAN RAKYAT

Untuk kepastian senarai penerima yang layak, semakan status boleh dibuat secara dalam talian. Untuk rujukan lengkap sila layari laman portal rasmi – https://sukur.sabah.gov.my/

Jika berkelayakan, status maklumat anda akan dipaparkan pada skrin semasa semakan dilakukan.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini oleh kerajaan MADANI. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Inisiatif Sentuhan Kasih Rakyat Fasa 1 : Syarat Kelayakan appeared first on Carianterbaru.