Inisiatif Bantuan Sehingga RM1000 – Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melancarkan program BKK. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.

Program yang dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak (BKK) membolehkan keluarga yang berkelayakan menerima bayaran bantuan tunai yang berpatutan.

PROGRAM INISIATIF BANTUAN SEHINGGA RM1000

BKK adalah merupakan bantuan tunai bulanan yang ditawarkan kepada keluarga atau penjaga yang menjaga kanak-kanak dibawah 18 tahun. Tujuan utama perlaksanaan insentif bulanan BKK ini adalah bagi meringankan beban keluarga bagi menampung kos sara hidup keluarga.

Pembayaran bantuan tunai ini, yang berjumlah RM150 hingga RM1000, terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Untuk memohon, individu perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh JKM dan permohonan dibuka sepanjang tahun ini.

KADAR & SYARAT INISIATIF BANTUAN BKK RM1000

Kadar bayaran bantuan BKK mengikut kategori seperti berikut :

  • Anak berumur 6 tahun dan kebawah : RM200 setiap seorang
  • Anak berumur 7 hingga 18 tahun : RM150 setiap seorang
  • Kadar maksimum yang boleh diterima bagi setiap keluarga : RM1000 sebulan.

Antara kriteria asas syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk memohon insentif bulanan BKK adalah seperti dibawah :

  • Pemohon wajib merupakan warganegara Malaysia yang sah
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Keluarga / penjaga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
  • Anak yang berumur 16 tahun dan keatas yang telah bekerja tidak layak mohon
  • Kanak-kanak penerima bantuan bulanan lain tidak layak mohon
  • Kes-kes khas yang melebihi PGK layak dipertimbangkan.

PANDUAN DAFTAR INISIATIF BANTUAN BKK 2025

Program ini menyediakan peluang kepada mereka yang memerlukan untuk mendapatkan sokongan kewangan yang penting untuk keluarga mereka. Proses permohonan adalah mudah dan mereka yang layak disarankan kemukakan pendaftaran.

Pemohon digalakkan untuk mengunjungi laman web rasmi JKM untuk maklumat lanjut mengenai syarat, cara memohon, dan juga panduan yang membantu mereka dalam proses permohonan.

Untuk panduan mohon dan butiran lengkap, sila layari laman rasmi – eBantuan JKM 2025

Ini adalah langkah yang positif oleh kerajaan dalam memastikan kebajikan masyarakat terpelihara dan membantu golongan yang memerlukan untuk mengharungi cabaran kewangan.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak inisiatif dan bantuan kewangan telah disediakan pada tahun ini oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Inisiatif Bantuan Sehingga RM1000 Menerusi Program BKK 2025 appeared first on Carianterbaru.