BANTUANBaucarbook vouchersBukuPendidikan

Inisiatif Bantuan Baucar Buku RM100 Fasa Kedua

Inisiatif bantuan baucar buku bernilai RM100 khusus untuk golongan mahasiswa (pelajar) kini diteruskan bagi pemberian fasa kedua. Program ini merupakan satu langkah positif oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menyokong pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (ipt) di seluruh Malaysia.

Dengan kemudahan ini, diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mahasiswa dalam mendapatkan bahan rujukan dan pembelajaran.

INISIATIF BANTUAN BAUCAR BUKU (FASA 2)

Untuk makluman umum, program baucar buku ini telah dilancarkan bermula awal tahun ini (fasa 1). Kini penebusan baucar buku bagi fasa kedua telah mula dilaksanakan sehingga akhir tahun ini.

Baucar boleh ditebus bermula pada hari Rabu ini sehingga 30 Disember 2024. Ini memberi peluang yang cukup bagi sekitar 1 juta pelajar ipt berstatus warganegara Malaysia untuk memanfaatkan insentif khas ini.

Inisiatif ini bukan sahaja memberikan kelegaan kewangan tetapi juga menggalakkan budaya pembelajaran yang lebih baik dalam kalangan mahasiswa. Dengan bantuan ini, pelajar dapat membeli buku dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk menyokong proses pembelajaran mereka.

Melalui usaha ini, KPT menunjukkan komitmennya bagi memastikan setiap pelajar mempunyai akses kepada sumber pendidikan yang berkualiti. Mereka yang merupakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) layak untuk membuat semakan.

Bermula rabu ini, semakan kelayakan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman rasmi – MYSISWAPLACE . Halaman tersebut dikendalikan oleh pihak Yayasan Perkasa Siswa (YPS) yang merupakan agensi rasmi di bawah KPT.

The post Inisiatif Bantuan Baucar Buku RM100 Fasa Kedua appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button