HPIPT 2025 : Bantuan RM1000 untuk Pelajar – Permohonan bagi Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi tahun ini akan dibuka tidak lama lagi. Ini adalah peluang yang tidak boleh anda lepaskan, terutama bagi mereka yang memerlukan sokongan kewangan semasa melanjutkan pengajian.

BANTUAN RM1000 DALAM HPIPT 2025

Berita baik untuk mereka yang melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi awam / swasta. Kepada anak Selangor yang berada dalam keluarga berpendapatan RM5,000 kebawah layak dapatkan manfaat hadiah pengajian ini.

Jadual penting yang harus anda ingati adalah tempoh pendaftaran yang akan dibuka mulai dari 1 Mac sehingga 30 Mac 2025. Sepanjang tempoh tersebut, pelajar IPT boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 secara one-off.

Ini adalah inisiatif khas yang diperkenalkan untuk membantu golongan pelajar dalam menghadapi cabaran kewangan semasa pengajian. Inisiatif ini menjadi satu langkah positif dalam memberikan sokongan kepada pelajar IPT. Dengan bantuan kewangan ini, diharapkan pelajar dapat menampung perbelanjaan pendidikan dan keperluan harian mereka dengan lebih baik.

Untuk memastikan anda tidak terlepas peluang ini, sila pastikan mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan. Sentiasa ikuti laman rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut dan panduan permohonan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN HPIPT 2025

Berikut adalah kriteria-kriteria kelayakan yang telah ditetapkan, antaranya :

  • Pemohon dan ibu bapa (penjaga) berstatus Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM5,000 sebulan (B40 & M40)
  • Melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Sijik kemahiran tahap 4
  • Pemohon lahir atau menetap di Selangor
  • Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Selangor
  • Pemohon bersekolah di Selangor
  • Ibu bapa bermastautin di Selangor melebihi 11 tahun
  • Jika permohonan tidak lengkap akan dikategorikan sebagai permohonan gagal.

Jika anda berminat jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan insentif one-off RM1000 yang ditawarkan secara percuma ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila kunjungi laman rasmi – HPIPT 2025

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Pada tahun ini terdapat pelbagai kemudahan, biasiswa dan bantuan kewangan telah diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post HPIPT 2025 : Bantuan RM1000 Untuk Pelajar IPT appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: