Harga Lesen Memandu Motorsikal Terkini Kelas B1, B2 & B Full
Harga lesen memandu Motorsikal bagi kelas B1, B2, dan B full telah dimaklumkan kepada orang ramai. Harga lesen memandu motorsikal memainkan peranan penting dalam memastikan proses pemohonan yang lancar dan teratur.
Oleh itu, adalah penting untuk mematuhi semua proses dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan. Lesen memandu sangat penting bagi penduduk Malaysia yang mana motor adalah kenderaan utama bagi memudahkan urusan perjalanan.
KADAR HARGA LESEN MEMANDU MOTORSIKAL
Pada tahun ini, kadar bayaran bagi lesen memandu motorsikal telah dikemaskini dan berbeza mengikut kategori. Setiap pusat institusi memandu mengenakan bayaran kos yang berlainan, namun berikut dikongsikan kadar umum mengikut kategori :
- RM350 – RM450 : Lesen motor B2 (tidak melebihi 250 cc)
- RM900 – RM1,100 : Lesen motor B penuh (melebihi 500 cc)
NAIK TARAF LESEN MOTORSIKAL B FULL
Mulai 1 Oktober 2024, semua pemegang lesen B1 & B2 kini berpeluang untuk menaik taraf lesen ke kategori B full. Program ini yang ditawarkan oleh kerajaan bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada pemilik lesen motorsikal dalam meningkatkan kecekapan memandu dan keselamatan jalan raya.
Antara manfaat yang disediakan adalah :
- Yuran untuk menaik taraf ke B Full hanya RM160
- Tidak perlu mengikuti keseluruhan proses pengambilan lesen dari peringkat awal
- Latihan yang diberikan adalah cepat selama 2 jam di Institusi memandu.
Kepada mereka yang mempunyai lesen memandu B2 motorsikal, jangan lepaskan peluang menyertai program peralihan menaik taraf ke B full ini. Panduan lengkap dan rujukan, sila layari laman rasmi – JPJ untuk info selengkapnya.
The post Harga Lesen Memandu Motorsikal Terkini Kelas B1, B2 & B Full appeared first on Carianterbaru.