BANTUANe-DompeteDompeteWallet

Edompet RM300 : Permohonan Baharu Dibuka Bulan Ini

Edompet RM300 : Permohonan Baharu kini dibuka dan boleh dimohon oleh mereka yang berkelayakan pada bulan ini. Program khas berbentuk bantuan bulanan ini adalah sebahagian inisiatif yang dilaksanakan pada tahun 2024.

PERMOHONAN BAHARU EDOMPET RM300

Kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera Bingkas Selangor. Melalui program ini, insentif yang diberikan adalah dalam bentuk ewallet/ edompet bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun.

Perlaksanaan bantuan ini adalah sebagai insentif bagi melindungi keluarga dari ketidakpastian ekonomi dalam negara. Program bantuan kehidupan sejahtera ini dirangka khas untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga yang memerlukan.

Setiap tahun pihak kerajaan menyasarkan sekitar 30,000 buah keluarga akan menerima manfaat daripada program bantuan ini. Pemberian bantuan ini adalah khusus bagi melengkapi keperluan asas dan pendidikan anak-anak setiap keluarga.

SYARAT KELAYAKAN BAHARU EDOMPET RM300

Mulai 1 Julai 2024, kerajaan telah kemaskini maklumat berkenaan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Dibuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM5,000
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan anak berusia 18 tahun dan ke bawah sekurang-kurangnya dua (2) orang
  • Menetap di Selangor melebihi 10 tahun atau lahir di negeri Selangor
  • Pengundi berdaftar.

PERINCIAN BAHARU BANTUAN EDOMPET 2024

Kepada pemohon yang lulus, mereka akan menerima manfaat dari program edompet ini seperti :

  • Menerima bayaran bantuan ewallet RM300 setiap bulan
  • Urusniaga dijalankan secara tanpa tunai melalui edompet
  • Edompet boleh digunakan/ dibelanjakan di mana-mana pasaraya dan kedai berdaftar
  • Had bulanan akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik
  • Baki nilai edompet bulan sebelumnya perlu dihabiskan kerana tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

DAFTAR & MOHON EDOMPET RM300

Untuk mereka yang tergolongan dalam kelompok keluarga B40 dan M40 yang menepati kelayakan, permohonan baharu boleh dikemukakan pada bulan ini. Butiran lengkap dan panduan daftar permohonan telah disediakan melalui laman portal rasmi – Kehidupan Sejahtera 2024

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang masih dibuka pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Edompet RM300 : Permohonan Baharu Dibuka Bulan Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button