BANTUANeBaucarBuku

eBaucar Buku : Bantuan RM100 Percuma Fasa 1

eBaucar Buku : Bantuan RM100 dalam bentuk baucar ditawarkan secara percuma kepada para pelajar untuk pembelian buku. Untuk makluman umum, bermula Jun 2024 permohonan bagi fasa 1 telahpun dibuka secara menyeluruh.

BANTUAN EBAUCAR BUKU RM100

Kerajaan telah melancarkan sebuah lagi inisiatif yang dikenali sebagai ebaucar buku yang bernilai RM100. Program khas ini memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta rakyat yang terdiri daripada golongan belia.

Semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) layak menebus bantuan e-baucar buku yang bernilai RM100 secara one-off. Skim istimewa ini telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menerapkan budaya membaca dan cintakan ilmu.

Untuk makluman umum, program ini telah dilaksanakan bermula 1 Jun 2024 hingga 31 Disember 2024 bagi fasa pertama. Penebusan amaun baucar RM100 ini adalah terhad kepada 50,000 kuota sahaja.

Perkenalan inisiatif ini adalah bagi menyemarakkan lagi budaya membaca kepada khusus golongan belia. Mereka yang menepati kelayakan disarankan tebus ebaucar ini agar dapat gunakan manfaat yang disediakan.

PANDUAN MOHON EBAUCAR BUKU RM100

Bagi sedia maklum, permohonan ebaucar buku RM100 ini untuk fasa pertama adalah terhad kepada 50,000 penerima. Panduan daftar dan tebus adalah seperti berikut :

  1. Semak kelayakan melalui laman portal rasmi – GREAT (EBAUCAR)
  2. Kemudian masukkan no kad pengenalan, no matrik dan jenis IPT
  3. Selepas itu kod akan dijana untuk tujuan membuat pembelian buku di flatform digital (bookcapital)
  4. Baucar sah untuk sekali transaksi pembelian sahaja.

TEMPOH PENEBUSAN EBAUCAR BUKU FASA 1

Penebusan ebaucar ini boleh dilakukan bermula 1 Jun sehingga 31 Disember 2024 dan setiap individu yang layak hanya boleh tebus sekali sahaja. Selepas berjaya tebus, ebaucar tersebut boleh digunakan sepanjang tahun ini.

Bagi perlaksanaan fasa berikutnya akan dimaklumkan pada tarikh yang akan diumumkan nanti. Kepada yang berkenaan jangan lepaskan peluang untuk rebat ebaucar buku ini selagi masih ada.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post eBaucar Buku : Bantuan RM100 Percuma Fasa 1 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button