Lesen MemanduMyLesen

Daftar Permohonan Lesen Percuma 2024 Kini Dibuka – MyLesen

Daftar Permohonan Lesen Percuma tahun 2024 kini dibuka melalui program MyLesen B2 dan terhad kepada 35,000 penyertaan. Program MyLesen adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan dibawah Belanjawan 2024.

DAFTAR PERMOHONAN LESEN PERCUMA

Pihak kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan program Mylesen B2. Skim program istimewa ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan tertakluk pada terma dan syarat ditetapkan.

Perlaksanaan program mylesen ini adalah bertujuan bagi memperkasakan sekitar 35,000 individu penerima atau tanggungan bantuan golongan B40. Melalui program khas ini, peserta boleh dapatkan lesen memandu Malaysia (LLM) kelas B2 secara percuma.

Dengan adanya inisiatif seperti ini kerajaan yakin mampu meningkatkan dan menaiktaraf kehidupan golongan B40. Kepada calon-calon yang lulus permohonan akan mendapatkan manfaat dari program ini dan membuka lebih peluang menjana pendapatan masing-masing.

SYARAT PERMOHONAN LESEN PERCUMA (MYLESEN)

Berikut adalah kriteria syarat asas kelayakan bagi menyertai program inisiatif mylesen B2 pada tahun ini seperti di bawah :

  • Dibuka khas untuk warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon berumur 16 tahun dan kebawah
  • Sihat dari segi tubuh badan dan mental
  • Belum mempunyai sebarang lesen memandu Malaysia
  • Berstatus bebas daripada senarai hitam – JPJ, PDRM dan Mahkamah
  • Penerima bantuan kerajaan seperti ekasih, zakat, JKM, JAKOA, baitulmal dan LHDNM
  • Anak kepada penerima bantuan juga layak mohon.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN MYLESEN B2

Kepada mereka yang berkelayakan jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan inisiatif khas yang ditawarkan kerajaan secara percuma ini. Inisiatif istimewa ini hanya dibuka terhad kepada 35,000 penyertaan sahaja.

Pada bulan Ogos ini, peringkat kerajaan negeri telah membuka pendaftaran bagi menyertai program ini. Untuk segala panduan lengkap, sila rujuk pada halaman utama – MyLesen B2

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat B40. Kepada yang terlepas pandang, kalian boleh membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan penuh maklumat.

The post Daftar Permohonan Lesen Percuma 2024 Kini Dibuka – MyLesen appeared first on Carianterbaru.

Back to top button