MyKasihSARA

Daftar MyKasih 2024 : Bantuan RM1200 Kepada Penerima STR

Daftar MyKasih 2024 : Bantuan sehingga RM1200 setahun ditawarkan kepada penerima STR tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan. Inisiatif khas ini adalah salah satu program bantuan kewangan di bawah Bajet 2024.

DAFTAR MYKASIH 2024

Pihak kerajaan bersetuju untuk terus melancarkan pemberian Sumbangan Asas Rahmah bagi sesi 2024. Program ini adalah bantuan tambahan lanjutan daripada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah.

Tujuan utama insentif tambahan ini diberikan adalah adalah bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan sasar. Dengan adanya amaun kredit bantuan ini, mereka boleh membeli barangan keperluan asas sepanjang tahun ini.

Penerima sedia ada STR pada tahun ini dari kategori bujang, isi rumah dan warga emas berkelayakan menerima insentif tambahan ini. Kadar jumlah yang diberikan adalah bermula dari RM150 sehingga RM1,200 setahun.

JADUAL BAYARAN MYKASIH SARA 2024

Untuk pengetahuan umum, pembayaran Sumbangan Asas Rahmah ini dilakukan berbeza mengikut kawasan. Bagi negeri-negeri di Semenanjung, pengkreditan bermula 22 Januari 2024 dan disalurkan secara automatik setiap bulan sehinggaa Disember 2024.

Manakala kepada penerima STR negeri Sabah, Sarawak dan Labuan pula, mereka akan menerima bayaran sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Februari dan Ogos 2024. Pemberian insentif tambahan ini dibayar secara kredit ke dalam mykad dan tebus tunai di kaunter BSN.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH

Antara syarat asas kelayakan menerima bayaran bantuan khas ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima berstatus ‘Lulus’ Sumbangan Tunai Rahmah 2024
  • Kategori bujang, warga emas dan isi rumah
  • Berstatus miskin / miskin tegar
  • Berstatus ‘bukan’ miskin / miskin tegar
  • Tersenarai dalam data maklumat pengkalan e-kasih.

PANDUAN DAFTAR MYKASIH & SEMAKAN STATUS MYSARA

Kepada mereka yang kurang berkemampuan dan berkeperluan, kalian boleh membuat pendaftaran mykasih sekiranya berkelayakan melalui portal MyKasih. Bagi menyemak status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah pula telah disediakan seperti di bawah :

  1. Layari laman rasmi – MyKasih SARA
  2. Klik pada ‘Semak Status’
  3. Masukkan butiran yang diperlukan
  4. Maklumat status akan dipaparkan menyatakan anda layak atau tidak.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2024, kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Daftar MyKasih 2024 : Bantuan RM1200 Kepada Penerima STR appeared first on Carianterbaru.

Back to top button