Seperti yang Anda ketahui, pada masa ini hampir semua bank di Malaysia mempunyai had atau limit maksimum transfer.

Salah satu bank terbaik di Malaysia yang jugak membolehkan tukar limit transfer adalah Maybank. Maybank pada masa ini mempunyai cukup banyak jenis perkhidmatan perbankan yang memudahkan pelanggan melakukan pelbagai jenis transaksi.

Bercakap mengenai had untuk transaksi pemindahan wang atau transfer wang, tentu sahaja, setiap jenis perkhidmatan Maybank mempunyai nominal yang berbeza. Perbezaannya biasanya bergantung pada jenis kad yang digunakan pelanggan.

Oleh sebab itu, penting bagi Anda untuk mengetahui berapa limit transfer maybank2u yang boleh digunakan.

Cara Ubah Limit Akaun Maybank2u

  1. Login ke laman web Maybank2u
  2. Masukkan Username
  3. Pastikan Pharse Keselamatan adalah betul, klik Yes.
  4. Masukkan Password Maybank2u.
  5. Klik Settings.
  6. Klik Pay & Transfer.
  7. Klik Transfer Limit.
  8. Anda akan melihat nota: Anda hanya boleh buat satu perubahan dalam 1 masa.
  9. Sila klik amaun yang Anda inginkan. Klik Save Changes.
  10. Klik Request TAC.
  11. Masukkan kod TAC.
  12. Klik Confirm.
  13. Selesai.

Cara Tukar Limit Kad Debit Maybank

Jika Anda mahu tukar limit kad debit Maybank, sila ikuti langkah-langlah di bawah ini:

  1. Log masuk Maybank2u.
  2. Klik Settings.
  3. Klik Manage Debit Cards.
  4. Klik jumlah limit yang Anda ingin pada dropdown menu.
  5. Klik Save.
  6. Request TAC.
  7. Masukkan kod TAC.
  8. Klik Confirm.
  9. Tahniah Anda berjya menukar limit kad debit Maybank.

Cara Tukar Limit Limit Pembayaran Maybank

  1. Sila log masuk Maybank2u
  2. Kemudian klik menu Settings pada bahagian atas.
  3. Klik Pay & Transfer.
  4. Klik Pay Limit.
  5. Selepat itu sila klik Add New Pay Limit.
  6. Taip untuk mencari penerima dan masukkan limit pembayaran.
  7. Klik Save.

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga maklumat tersebut boleh membantu Anda.