Tutorial

Cara Semak Jika Maklumat Peribadi Anda Terkesan Melalui Kebocoran Data Facebook


Baru-baru ini, kita telah sedia maklum yang terdapat jutaan data peribadi pengguna Facebook yang tersebar secara percuma di beberapa laman, sekaligus membuatkan ia mungkin digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab..

Antaranya termasuk nombor telefon, nama, lokasi, status, pekerjaan, tarikh lahir dan alamat e-mel. Data ini pada asalnya dijual secara private dan Facebook kemudiannya telah menampal kerentanan tersebut.

Bagaimanapun, bagi anda yang ingin menyemak jika maklumat peribadi anda didedahkan melalui kebocoran data Facebook, berikut disediakan cara untuk menyemak serta tindakan yang perlu diambil.

Semak jika maklumat peribadi terdedah

Untuk menyemak jika maklumat peribadi anda telah dibocorkan, layari laman Have I been Pwned.

Kemudian, masukkan alamat e-mel di bahagian carian dan tekan pada “pwned?”.

Setelah itu, anda akan melihat jika alamat e-mel yang digunakan turut terlibat dalam kebocoran data atau sebaliknya.

Bagaimanapun, hanya 2.5 juta daripada 533 juta kebocoran data pengguna yang disertakan melalui alamat e-mel. Berikutan itu, anda mungkin mendapati alamat e-mel yang dicari tidak memberi hasil carian yang sepadan.

Pembangun laman web tersebut dijangka akan memberikan pilihan kepada pengguna untuk memasukkan nombor telefon bagi mengesan jika data mereka dibocorkan.

Sumber: BleepingComputer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Articles

close button