Tutorial

Cara Mudah Download Windows OEM ISO Image

Microsoft mengesyorkan untuk menggunakan Windows 10 Media Creation Tool (MCT) mereka untuk memuat turun File ISO terkini atau membuat pemacu USB yang boleh di-boot.

Artikel ini akan menunjukkan 2 kaedah memuat turun ISO terkini 

  1. Windows 10 Media Creation Tool (MCT) = Windows 10 Only
  2. Microsoft Windows and Office ISO Download Tool = Windows 7,8.1,10 and microsoft office

Kaedah 1 : cara Menggunakan MEDIA CREATION TOOL (MCT)

Microsoft menawarkan alat yang disebut Media Creation Tool yang menbolehkan anda memuat turun Windows 10 ISO versi terbaru ke simpanan atau membuat ke pemacu USB yang boleh di boot.

Untuk menggunakan alat media creation, sila ikot langkah-langkah berikut:

  • Lawati halaman muat turun Windows 10 menggunakan web browser anda. klik pada “DOWNLOAD TOOL NOW” 
  • Setelah muat turun, buka program tersebut, dan Windows akan meminta kebenaran tekan YES.
  • MEDIA CREATION PREPARING
  • Setelah selesai, anda akan ditunjukkan perjanjian lesen. Untuk meneruskan, klik pada butang Terima.
  • TOOL dalam keadaan “Getting a few things ready”, setelah selesai anda akan di beri 2 pilihan
    • UPGRADE THIS PC NOW
    • CREATE INSTALLATION MEDIA (USB FLASH DRIVE, DVD, OR ISO FILE) FOR ANOTHER PC (PILIHAN KEDUA)

Pada arahan ini, pilih pilihan “CREATE INSTALLATION MEDIA dan kemudian tekan butang Seterusnya.

  • MCT akan bertanya apa bahasa, seni bina, dan edisi Windows yang anda mahukan untuk imej ISO anda.
  • Secara lalai, MCT akan menggunakan bahasa dan seni bina tempatan anda, tetapi anda boleh nyahtanda(uncheck) Use the recommended options untuk membuat pilihan bahasa ,seni bina dan edisi windows yang anda mahukan.
  • sekarang anda akan ditanya 2 pilihan :
    • USB FLASH DRIVE (PERLUKAN SEKURANG-KURANGNYA 8GB PENDRIVE)
    • ISO FILE (PILIH ISO FILE UNTUK TUTORIAL INI
  • Anda sekarang akan diminta untuk memilih lokasi untuk menyimpan fail ISO anda. Pilih folder untuk menyimpan fail ISO, dan kemudian klik pada butang Simpan.
  • MCT sekarang akan membuat fail ISO di lokasi yang ditentukan. Harap bersabar semasa fail dibuat. (BERGANTUNG PADA KELAJUAN INTERNET) PENGGUNAAN DATA HOTPOT YANG MEMPUNYAI QUOTA TIDAK DIGALAKKAN
  • Apabila MCT selesai membuat ISO, anda boleh menutup program dengan mengklik butang Selesai.

Anda sekarang mempunyai WINDOWS FILE ISO versi terkini, dan anda boleh menggunakan untuk create bootable media and virtual machines

KAEDAH 2 : Microsoft Windows and Office ISO Download Tool = Windows 7,8,8.1,10 and microsoft office

Menggunakan kaedah ini lebih senang dan cepat.

  • pada belah kanan tab ada pilihan (windows 7, 8.1, 10) – pilih windows yang hendak di download.  (windows 10)
  • pilih “edition” 
  • dan tekan CONFIRM.
  • tekan product language  (pilih ENGLISH)
  • anda boleh pilih untuk 32bit atau 64bit. 
  • klik untuk muat turun 

TUTORIAL TAMAT – SEKIAN TERIMA KASIH

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button