Tutorial

Cara Buat Link WhatsApp (Direct Message) Tanpa Perlu Save Nombor

Buat sendiri guna format rasmi WhatsApp

Berikut merupakan jalan cerita bagaimana link diatas terbina yang diambil daripada laman rasmi WhatsApp sendiri.

Jika anda mahu memahami dan belajar cara membuat link WhatsApp secara manual ikuti cara berikut.

Salin semula (copy) struktur url berikut:

https://wa.me/6

Nota: Struktur url ini khas untuk penduduk Malaysia (nombor Malaysia). Jika anda dari negara jiran seperti (Singapura, Indonesia atau Brunei) gantikan nombor 6 dengan kod negara anda (buang simbol + dan juga 0).

2 Tambah no WhatsApp anda pada bahagian pada bahagian akhir struktur tersebut

Contohnya no anda adalah: 0123456789, maka menjadi:

https://wa.me/60123456789

Nombor yang digunakan tidak boleh mengandungi jarak (space) ataupun simbol-simbol lain seperti sengkang (-) atau tambah (+)

Dan link WhatsApp anda sudah siap. Boleh terus guna.

Jika nak sediakan text supaya customer tak perlu susah-susah nak taip, boleh boleh buat seperti ini:

3 Tambah ?text= selepas no telefon anda

https://wa.me/60123456789?text=

Pastikan tidak ada jarak (space).

4 Encode text anda

Pergi ke laman ini: Url Encoder.

Taip masuk text anda. Contoh: PM harga tuan.

Klik pada butang ‘Encode‘ dan seterusnya copy text yang terhasil.

Untuk contoh tadi ia akan menjadi: PM%20harga%20tuan

https://wa.me/60123456789?text=PM%20harga%20tuan

Link berserta text sedia ada untuk whatsapp anda sudah siap.

Terdapat juga cara alternatif untuk membuat link WhatsApp seperti yang diterangkan disini, tetapi pada pendapat saya lebih baik menggunakan tutorial @ format rasmi daripada WhatsApp sendiri, takut-takut terdapat kebarangkalian mesej anda disimpan @ dipintas.

Kadangkala link yang terlalu panjang tidak elok dilihat @ tersembunyi hingga menyebabkan keraguan di kalangan pembaca atau pengguna.

Jalan penyelesaiannya adalah:

Pendekkan link anda

Anda boleh guna

Caranya senang sahaja, pergi ke pautan yang dinyatakan diatas, masukkan link yang anda buat tadi dan klik butang “SHORTEN”.

Kongsikan jika post ini membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Articles