BUDI : Bantuan Tunai RM2000 untuk Pelajar IPT 2024
BUDI : Bantuan Tunai RM2000 merupakan inisiatif kerajaan Malaysia yang menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bagi tahun 2024. Program ini menyasarkan warganegara Malaysia yang tergolong dalam golongan B40 dan M40, tanpa mengira latar belakang keluarga.
BUDI : BANTUAN TUNAI RM2000
Ini adalah bantuan terbuka kepada semua pelajar sepenuh masa yang mendaftar kemasukan kali pertama ke IPT di Malaysia. Kelayakan pemohon ditentukan berdasarkan pendapatan isi rumah keluarga. Oleh itu, para pelajar dari keluarga yang mempunyai pendapatan rendah, serta sederhana, berpeluang untuk mendapat sokongan kewangan ini untuk membantu menampung kos pengajian mereka.
Permohonan dibuka sepanjang tahun ini yang menyasarkan lebih dari 6,000 pelajar untuk mendapatkan insentif khas ini. Untuk makluman umum, berikut adalah kadar bayaran bantuan pendidikan khas ini mengikut kategori dibawah :
- RM1,500 – Diploma
- RM2,000 – Ijazah Sarjana Muda.
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN TUNAI BUDI
Antara syarat asas yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan khas ini adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pejaga / ibu bapa pemohon dari golongan B40 atau M40
- Pelajar sepenuh masa bagi kemasukan kali pertama di IPT seluruh Malaysia
- Pelajar yang berasal dari negeri Sabah
- Pemohon wajib sediakan surat pengesahan pelajar atau pengesahan telah berdaftar di IPT.
DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BUDI IPT
Pemohon yang ingin mendapatkan bantuan ini perlu mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan. Untuk rujukan lengkap dan panduan daftar permohonan, sila layari laman web rasmi – BANTUAN BUDI
Bagi memastikan urusan proses semakan permohonan dijalankan dengan cepat, pemohon perlu sediakan dokumen yang diperlukan seperti :
- Salinan surat beranak (pemohon dan ibu bapa/ penjaga)
- Salinan kad pengenalan (pemohon dan penjaga)
- Salinan penyata pendapatan penjaga (jika ada)
- Salinan slip keputusan SPM/ STPM/ STAM/ Diploma
- Surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai rujukan.
Nota : Kepada pemohon yang lulus, bantuan khas ini akan dikreditkan pada kadar yang telah ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Selain BUDI, terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.
The post BUDI : Bantuan Tunai RM2000 untuk Pelajar IPT 2024 appeared first on Carianterbaru.