BTB : Bantuan Tunai RM300 telah mula dikreditkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan dan memenuhi syarat. Program ini dibentuk sebagai salah satu inisiatif di bawah Belanjawan 2025, dengan tujuan membantu golongan yang berkeperluan.

PROGRAM BTB : BANTUAN TUNAI RM300 SEBULAN

Kepada yang terlepas pandang, pada tahun ini kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan sebuah inisiatif bulanan kepada golongan kelainan upaya. Antara program yang disertakan dalam inisiatif ini ialah Bantuan OKU Tidak Berupaya (BTB).

Program ini direka untuk memastikan bahawa golongan kurang berkemampuan tidak tertinggal dalam masyarakat. Hal ini amat penting bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan sosial.

Dengan adanya insentif bulanan BTB, diharapkan dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh golongan ini. Bantuan yang disalurkan bukan sahaja memberikan sokongan kewangan, tetapi juga memberi harapan kepada mereka untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Kesejahteraan masyarakat adalah tanggungjawab bersama, dan inisiatif seperti ini membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan semua rakyat menerima bantuan yang diperlukan. Jika anda mempunyai kenalan atau saudara yang berstatus OKU, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat ini.

SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN TUNAI BTB

Program bantuan khas kewangan BTB ini dibuka kepada individu yang menepati kriteria syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Berdaftar sebagai OKU dengan Jabatan (JKM)
  • Tidak boleh melakukan pekerjaan kerana keadaan fizikal atau mental tidak mengizinkan
  • Pemohon bukan penerima bantuan bulanan dari agensi-agensi lain.

Nota : Kepada permohonan yang diluluskan, anda akan menerima bayaran bantuan tunai sebanyak RM300 setiap bulan. Bantuan tersebut akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan dikemukakan.

PANDUAN DAFTAR BANTUAN TUNAI RM300

Jika berkelayakan dan memerlukan, pendaftaran permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau manual di penjabat sepanjang tahun ini. Untuk panduan daftar dan butiran lengkap, sila layari laman rasmi JKM 2025 – https://www.jkm.gov.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak program dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan MADANI bagi memberi manfaat kepada rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post BTB : Bantuan Tunai RM300 Sebulan untuk Rakyat Malaysia appeared first on Carianterbaru.