BANTUANBMTmusim tengkujuhMusimtengkujuh

BMT : Syarat Kelayakan Mohon Bantuan RM800 Tahun 2024

BMT : Syarat Kelayakan Mohon Bantuan tunai berjumlah RM800 bagi tahun 2024 telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Pada sidang Belanjawan 2024, kementerian kewangan telah memaklumkan bahawa BMT adalah sebahagian bantuan yang dilaksanakan pada tahun ini.

BMT : BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Kerajaan persekutuan telah memperkenalkan sebuah program insentif bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Bantuan khas ini akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang memerlukan dan berkelayakan.

Pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil dan perusahaan getah (RISDA) adalah pengelola sepenuhnya bagi program BMT 2024. Objektif utama bantuan ini dilaksanakan adalah bagi mengurangkan beban kewangan pada musim tengkujuh.

Jumlah keseluruhan bayaran bantuan musim tengkujuh adalah RM800 setahun dan akan dikreditkan melalui 4 fasa pembayaran. Pemohon yang lulus akan menerima bantuan pada nilai RM200 sebulan bermula November 2024 sehingga Februari 2025.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN MOHON BMT 2024

Terdapat beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi program BMT RM800 ini seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan pekebun kecil dan penoreh getah berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai keluasan tanah dari 0.1 hingga 4.0 hektar
  • Pemohon bukan pemilik tanah perlu sediakan surat pengesahan dari pemilik tanah yang sah
  • Mempunyai kad PAT-G yang masih sah dan aktif.

TARIKH & CARA MOHON BANTUAN BMT 2024

Bagi makluman umum, tarikh permohonan bantuan musim tengkujuh dibuka mulai 1 Jun 2024 sehingga 20 September 2024. Permohonan boleh dibuat secara manual di pejabat RISDA atau dalam talian melalui laman portal rasmi bantuan – BMT 2024

Kepada mereka yang ingin mohon, disarankan sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan urusan proses permohonan seperti :

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan buku akaun bank yang masih aktif
  • Kad PAT-G yang masih aktif ketika permohonan dibuat
  • Sertakan dokumen sokongan yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat B40. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post BMT : Syarat Kelayakan Mohon Bantuan RM800 Tahun 2024 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button