BANTUANBMTMusimtengkujuh

BMT : Bayaran Bantuan RM800 Dikreditkan Secara Berperingkat

BMT : Bayaran Bantuan RM800 akan dikreditkan secara berperingkat mulai November 2024 sehingga Februari 2024 kepada rakyat Malaysia. Dalam Belanjawan 2024, program khas BMT adalah sebahagian bantuan kewangan yang dilaksanakan pada tahun ini.

BAYARAN BANTUAN RM800 MELALUI BMT

Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis program bantuan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada penduduk yang memerlukan. Salah satu program yang masih dibuka dan boleh dimohon adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Perlaksanaan program khas BMT ini adalah dibawah kendalian sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA). Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mengurangkan beban mereka yang terjejas pada waktu musim tengkujuh.

Kadar jumlah bayaran bantuan ini adalah berjumlah RM800 setahun dan ianya akan dikreditkan secara berperingkat selama 4 bulan. Kepada pemohon yang lulus, bayaran akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan bermula November 2024 sehingga Februari 2025.

SYARAT ASAS KELAYAKAN BANTUAN RM800 BMT

Antara kriteria syarat asas kelayakan yang sudah ditetapkan adalah seperti :

  • Pemohon adalah merupakan Warganegara Malaysia sahaja
  • Pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai keluasan tanah 0.1 hingga 4 hektar
  • Perlu sediakan surat pengesahan pemilik tanah jika pemohon bukan pemilik
  • Mempunyai kad PAT-G yang masih aktif.

TARIKH PERMOHONAN & PANDUAN DAFTAR BMT RM800

Suka dimaklumkan bahawa permohonan bantuan musim tengkujuh dibuka bermula 1 Jun 2024 sehingga 20 September 2024. Permohonan boleh dikemukakan secara manual melalui pengisian borang di pejabat RISDA atau secara online melalui portal rasmi bantuan – BMT RISDA

Bagi memudahkan urusan pentadbiran membuat semakan permohonan, setiap pemohon perlu sertakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan buku akaun bank yang masih aktif
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat
  • Dokumen sokongan yang berkaitan.

Untuk permohonan yang lulus, mereka akan menerima bayaran bantuan bernilai RM200 sebulan selama tempoh 4 kali pembayaran. Bayaran mula diagihkan pada November 2024 hingga Februari 2025.

MAKLUMAT LANJUT

Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah melancarkan banyak jenis kemudahan dan insentif bantuan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat B40. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada waktu ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post BMT : Bayaran Bantuan RM800 Dikreditkan Secara Berperingkat appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button