BMT 2025 : Bantuan Kewangan musim tengkujuh pada tahun ini dijadualkan memberi manfaat kepada 300,000 penerima yang berkelayakan. Inisiatif ini, yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil perusahaan getah (RISDA).

Perlaksanaan insentif ini bertujuan untuk meringankan beban pemohon yang terkesan oleh musim tengkujuh. Program ini merupakan sebahagian daripada peruntukan di bawah Belanjawan 2025.

BANTUAN KEWANGAN BMT 2025

Pihak RISDA telah membuat bancian sebagai 1 daripada proses pemutihan dalam senarai bantuan untuk pekebun kecil. Ini adalah bagi tujuan memastikan kebajikan golongan berkenaan sentiasa terbela dari tercicir.

Pada tahun ini sekitar 331,000 pemohon yang berdaftar dengan RISDA dijangka menerima bantuan musim tengkujuh (BMT). Pengemaskinian data maklumat BMT dibuat antara bulan Jun hingga September setiap tahun.

Bagi mereka yang memenuhi syarat, bantuan kewangan RM800 akan dikreditkan secara berfasa dalam tempoh 4 bulan. Pemberian dana ini diharapkan dapat membantu penerima untuk menampung keperluan harian mereka dan memberikan sokongan lanjut bagi menstabilkan kehidupan mereka semasa menghadapi cabaran musim hujan.

SENARAI PENERIMA BANTUAN KEWANGAN BMT

Untuk makluman umum, pihak kerajaan telah umum sasaran penerima BMT bagi sesi 2025 mengikut negeri seperti berikut :

  • Sarawak : 51,433 penerima
  • Kelantan : 42,900 penerima
  • Pahang : 24,000 penerima
  • Kedah : 39,600 penerima
  • Perak : 20,000 penerima
  • Negeri Sembilan : 18,000 penerima
  • Johor : 12,000 penerima
  • Melaka : 5,000 penerima
  • Sabah : 6,000 penerima
  • Terengganu : 11,000 penerima
  • Selangor : 1,600 penerima
  • Pulau Pinang : 500 penerima
  • Felda : 11,000 penerima
  • Perlis : 500 penerima.

Nota : Pembayaran akan dikreditkan setiap tahun bermula November hingga Februari (tempoh 4 bulan) berjumlah RM200 setiap bulan.

PERMOHONAN BANTUAN BMT 2025

Mereka yang berhasrat untuk mendapatkan bantuan ini sewajarnya mematuhi prosedur permohonan yang ditetapkan oleh RISDA. Setelah permohonan diluluskan, pihak berkuasa akan mengatur proses penyaluran agar bantuan sampai kepada penerima dalam waktu yang dijadualkan.

Program BMT adalah satu langkah penting dalam memastikan komuniti pekebun kecil terus berdaya saing dan berdaya tahan semasa musim yang mencabar. Untuk rujukan lengkap dan panduan daftar, sila rujuk pada laman rasmi – RISDA 2025

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak program dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan MADANI sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post BMT 2025 : Bantuan Kewangan Kepada Lebih 300,000 Penerima appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: