BANTUANBLPLatihan Perantis

BLP : Permohonan Bantuan RM200 Sebulan Kini Dibuka

BLP : Permohonan Bantuan RM200 sebulan kini dibuka kepada warga Malaysia yang menepati kriteria syarat kelayakan yang ditetapkan. Program BLP adalah sebagian inisiatif bantuan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.

PERMOHONAN BANTUAN RM200 MELALUI BLP

Untuk makluman umum, BLP atau Bantuan Latihan Perantis adalah merupakan sebuah program khas untuk rakyat Malaysia. Bantuan elaun bulanan ini disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Program BLP ini ditawarkan khusus kepada klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan sedang menganggur. Bekas pelatih atau bekas penghuni mana-mana institusi kebajikan juga berkelayakan.

Tujuan utama perlaksanaan program khas ini adalah bagi membantu memberi manfaat dan mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja. Kepada peserta yang layak, mereka akan menerima bantuan pada kadar RM200 setiap bulan.

SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN BLP

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam program BLP ini adalah seperti :

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Pemohon merupakan anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / penghuni dari institusi kebajikan dalam negara
  3. Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat
  4. Kes-kes seliaan akhlak
  5. Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum sehingga tempoh 24 bulan.

Perlaksanaan semua jenis bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (concurrent list) antaran kerajaan negeri dan persekutuan. Perkara ini telahpun termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – Jadual kesembilan senarai perundangan.

CARA MOHON BANTUAN RM200 – BLP

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan menyertai program ini boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BLP 2024

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat pejabat kebajikan masyarakat Daerah/ jajahan/ bahagian seluruh negara. Untuk sebarang pertanyaan butiran terperinci anda boleh hubungi talian khas agensi pelaksana JKM di – 03 8000 8000.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan lebih lanjut.

The post BLP : Permohonan Bantuan RM200 Sebulan Kini Dibuka appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button