BiasiswaPendidikanPETRONASscholarship program

Biasiswa Tajaan PETRONAS – Untuk 600 Pelajar Cemerlang SPM

Biasiswa tajaan PETRONAS untuk 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi tahun 2023 dari seluruh negara. Petronas, sebagai salah satu syarikat minyak dan gas terkemuka di Malaysia, telah mengumumkan biasiswa tajaan berjumlah RM320 juta ini.

Biasiswa Tajaan PETRONAS

Pihak PETRONAS telah mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada seramai 600 pelajar cemerlang SPM tahun 2023. Pemberian biasiswa istimewa ini adalah dibawah inisiatif Powering Knowledge.

Inisiatif ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada 600 pelajar cemerlang SPM yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan cara ini, Petronas berhasrat untuk melahirkan generasi yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang.

Pemberian biasiswa ini dipilih daripada sekitar 5,800 pemohon, penerima yang layak dinilai dari sudut kecemerlangan akademik, potensi dan penglibatan aktif dalam kokurikulum. Penerima biasiswa khas ini akan melanjutkan mereka di universiti tempatan mahupun luar negara.

Kriteria Pemilihan Pelajar

Untuk layak memohon biasiswa ini, pelajar perlu memenuhi kriteria tertentu. Antaranya, mereka mesti merupakan pemegang keputusan SPM yang cemerlang dan mencapai kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Petronas. Selain itu, kelebihan juga diberi kepada pelajar yang menunjukkan kepimpinan dan semangat sukarela dalam aktiviti luar bilik belajar.

Dengan kriteria yang khusus ini, pihak Petronas berharap untuk menyokong pelajar yang mempunyai potensi tinggi untuk mencapai kejayaan di masa hadapan.

Peluang dan Manfaat Biasiswa Tajaan PETRONAS

Penerima biasiswa tajaan Petronas bukan sahaja akan menerima bantuan kewangan untuk yuran pengajian, tetapi juga berpeluang untuk meraih pengalaman melalui program latihan dan penempatan kerja.

Ini merupakan peluang yang tidak ternilai untuk pelajar yang ingin menceburi kerjaya di dalam industri minyak dan gas, serta bidang lain yang berkaitan. Melalui biasiswa ini, PETRONAS tidak hanya melaburkan wang, tetapi juga masa dan sumber daya dalam membangunkan bakat-bakat muda yang berpotensi.

Maklumat Lanjut

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat inisiatif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.

The post Biasiswa Tajaan PETRONAS – Untuk 600 Pelajar Cemerlang SPM appeared first on Carianterbaru.

Back to top button