Bayaran STR Fasa 2 : Semakan Status bantuan tunai ini boleh dibuat secara dalam talian sepanjang tahun ini. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif pemerintah yang diperkenalkan di bawah belanjawan 2025 untuk memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia.

Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat, khususnya mereka yang yang terkesan akibat pelbagai cabaran ekonomi.

PEMBERIAN BAYARAN STR FASA 2 2025

Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab telah mengumumkan bahawa bayaran STR fasa 2 untuk tahun 2025 akan dilaksanakan tidak lama lagi. Ini adalah langkah positif dalam menyediakan sokongan kewangan kepada golongan yang memerlukan.

Bagi pengetahuan umum, jumlah keseluruhan bayaran STR pada tahun ini adalah sehingga RM2,500. Kadar jumlah ditentukan mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak setiap keluarga.

Proses pembayaran ini dirancang untuk memastikan bahawa bantuan dapat disalurkan secara menyeluruh dengan segera kepada mereka yang layak. Pemberian sumbangan tunai ini bukan sahaja bertujuan untuk menyokong mereka yang terjejas tetapi juga bagi merangsang pemulihan ekonomi negara.

Dengan adanya bantuan kewangan ini, penerima dapat menggunakan dana tersebut untuk memenuhi keperluan asas mereka seperti makanan, pendidikan, dan perubatan. Ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada keluarga di seluruh negara dan membantu dalam merangsang pertumbuhan masyarakat.

Untuk makluman umum, sekitar 60 peratus rakyat Malaysia (dewasa) layak menerima manfaat daripada program STR pada tahun ini. Bayaran STR akan dikreditkan melalui 4 fasa pembayaran yang melibatkan kategori bujang, isi rumah dan warga emas.

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR FASA 2

Di bawah disediakan panduan untuk membuat semakan status atau pengemaskinian maklumat STR pada tahun ini :

  1. Layari laman rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Di laman utama STR, anda pelu tekan ‘Tutup’ untuk pemakluman terkini STR
  3. Sila masukkan butiran peribadi yang diperlukan (12 digit no kad pengenalan)
  4. Isi kata laluan yang telah anda tetapkan
  5. Bagian profil maklumat anda akan dipaparkan pada skrin
  6. Klik butang ‘Semakan Permohonan’ kemudian klik butang ‘Maklumat bayaran’
  7. Status bayaran (fasa semasa) anda akan dipaparkan
  8. Jika ada perubahan maklumat peribadi pengemaskini boleh dibuat pada bila-bila masa
  9. Selesai.

Nota : Segala maklumat terkini berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan masyarakat.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh Kerajaan MADANI bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info selengkapnya.

The post Bayaran STR Fasa 2 : Semakan Status Bantuan Tunai appeared first on Carianterbaru.