Bayaran Bantuan SARA MyKad – Seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan, insentif telah mula disalurkan secara berperingkat pada tahun ini. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu golongan yang kurang mampu dan meringankan beban kewangan isi rumah yang berstatus miskin dan miskin tegar.

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SARA MYKAD

Kepada yang terlepas pandang, Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan tambahan yang disediakan untuk penerima STR. Bantuan ini diberikan dalam bentuk ewallet iaitu kredit di dalam mykad.

Nilai bantuan yang disalurkan boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar seluruh Malaysia. Bagi kategori miskin, bayaran akan dikreditkan secara automatik setiap bulan ke dalam mykad.

Bagi penerima yang telah mendaftar, semakan status bagi bayaran sara bulan Februari boleh dilakukan secara online. Ini memudahkan penerima untuk mengetahui sama ada mereka layak menerima bantuan ini dan berapa jumlah yang akan dikreditkan ke dalam MyKad mereka.

KATEGORI & BAYARAN BANTUAN SARA MYKAD

Untuk bulan ini, kategori penerima Sumbangan Asas Rahmah adalah terdiri daripada bujang, isi rumah, serta warga emas yang berstatus miskin atau miskin tegar. Kadar bayaran yang dikreditkan adalah berbeza mengikut kategori, iaitu RM50, RM100 dan RM200.

Ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Bagi kategori penerima berstatus B40 atau bukan miskin, tarikh bayaran kan dimaklumkan pada waktu yang ditetapkan.

JUMLAH BAYARAN SARA 2025 MENGIKUT KATEGORI

Sebagai makluman, berikut adalah jumlah keseluruhan bayaran SARA 2025 mengikut kelayakan kategori seperti dibawah :

  • Isi rumah (Miskin tegar) : RM2,100 setahun
  • Warga emas (miskin tegar) : RM1,650 setahun
  • Bujang (miskin tegar) : RM600 setahun
  • Isi rumah (B40) : RM900 setahun
  • Warga emas (B40) : RM450 setahun.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SARA

Sekiranya anda merupakan salah seorang penerima STR pada tahun ini, semakan kelayakan sama ada layak atau tidak menerima insentif SARA boleh dibuat. Untuk cek sila layari laman rasmi MyKasih – https://www.mykasih.com.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada penduduk. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bayaran Bantuan SARA MyKad : Semakan Penerima Bulan Ini appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: