BAP : Bantuan RM150 Untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah
BAP : Bantuan RM150 – Pihak kerajaan telah memberikan pengesahan untuk meneruskan pelaksanaan bantuan awal persekolahan bagi sesi tahun 2025. Ini merupakan inisiatif yang bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa, sekaligus memastikan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.
BANTUAN BAP RM150 SEORANG
Kerajaan telah memaklumkan sekitar 5.2 juta murid tahun 1 sehingga tingkatan 5 akan menerima insentif BAP tahun 2025. Peruntukan sebanyak RM800 juta ini akan mula disalurkan kepada pihak sekolah tidak lama lagi.
Bayaran bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat mulai bulan Januari 2025, meliputi seluruh Malaysia. Kadar bantuan yang dijanjikan adalah sebanyak RM150 seorang, di mana ia akan diberikan secara one-off kepada pelajar.
Penerima bantuan ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah yang tersenarai sebagai penerima. Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan akses kepada pendidikan yang berkualiti.
Dengan bantuan awal persekolahan ini, diharapkan ia akan memberi impak positif terhadap pelajar dan ibu bapa dalam meneruskan pembelajaran. Kerajaan menggalakkan semua pihak untuk memanfaatkan bantuan ini dan memberikan sokongan kepada pendidikan di Malaysia.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN
Pemberian bantuan kewangan one-off RM150 ini akan diberikan kepada murid/ pelajar yang menepati kriteria seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Murid sekolah rendah
- Pelajar sekolah menengah
- Berumur 7 tahun sehingga 17 tahun
- Tiada had kelayakan pendapatan keluarga.
Nota : Bantuan ini akan disalurkan secara kredit terus ke dalam akaun dan tebus tunai melalui pihak sekolah masing-masing. Penyaluran bantuan ini akan dilaksanakan pada bulan Januari 2025, tarikh bayaran akan dimaklumkan selepas pengumuman rasmi dari kerajaan.
Untuk rujukan lebih lanjut berkenaan senarai program dan inisiatif yang diperkenalkan kerajaan, sila kunjungi laman rasmi – BELANJAWAN 2025 sebagai rujukan umum.
The post BAP : Bantuan RM150 Untuk Pelajar Sekolah Rendah & Menengah appeared first on Carianterbaru.