Awal PesekolahanBANTUANBAPPendidikan

BAP 2025 – Bantuan RM150 Untuk Pelajar Mula Disalurkan

BAP 2025 – Bantuan RM150 : Berita baik bagi para pelajar di Malaysia! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pengagihan bantuan awal persekolahan. Perlaksanaan program ini adalah berfungsi untuk meringankan beban kewangan keluarga.

Inisiatif ini adalah salah satu langkah KPM untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam pendidikan mereka akibat masalah kewangan.

BANTUAN RM150 BAP 2025 MULA DISALURKAN

Untuk makluman umum, pengagihan bantuan ini akan mula disalurkan pada hari Isnin, 13 Januari 2025. Murid yang layak menerima insentif ini adalah mereka yang berada di tahun 1 hingga tingkatan 4 bagi sesi 2024/2025.

Setiap pelajar berhak menerima bantuan berjumlah RM150 sebagai satu insentif one-off. Pihak KPM berharap bahawa pemberian ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa dalam persediaan awal persekolahan.

Diharapkan, inisiatif ini tidak hanya memberikan bantuan kewangan, tetapi juga meningkatkan motivasi dan semangat pelajar dalam menuntut ilmu. Dengan adanya sumber kewangan tambahan, pelajar dapat membeli kelengkapan sekolah yang diperlukan bagi meningkatkan pengalaman pendidikan mereka.

KPM sentiasa berusaha untuk memberikan bantuan yang relevan dan bermanfaat kepada pelajar di seluruh negara, dan ini merupakan salah satu usaha terbaharu bagi memastikan semua pelajar memiliki akses untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti.

JADUAL & KAEDAH BAYARAN BANTUAN BAP 2025

Berikut adalah tarikh pengagihan bayaran bantuan awal persekolahan sesi 2025 mengikut kategori :

  • 13 Januari 2025 : Murid tahun 1 hingga tingkata 4
  • 16 Februari 2025 : Pelajar tingkatan 6 semester 2 dan murid tahun 1 sesi 2025/2026
  • 1 Julai 2025 : Pelajar tingkatan 6 kemasukan baharu.

Nota : Setiap pelajar yang layak hanya akan menerima bantuan ini sekali sahaja pada kadar RM150.

Agihan bantuan BAP ini kepada pelajar akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan serahan secara tunai kepada ibu bapa bagi sekolah rendah. Manakala untuk penjaga anak sekolah menengah bantuan akan disalurkan secara tunai dan pengkreditan ke dalam akaun bank ibu bapa.

Bagi pengetahuan umum, bantuan tunai ini diberikan secara automatik tanpa perlu kemukakan permohonan. Untuk lebih terperinci berkenaan bantuan ini, sila layari laman rasmi – BAP 2025

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada sepanjang tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post BAP 2025 – Bantuan RM150 Untuk Pelajar Mula Disalurkan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button