Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia : Bantuan Sehingga RM2500
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) telah ditubuhkan oleh YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Matlamat utama yayasan ini adalah untuk membantu mereka yang memerlukan, khususnya pelajar dari golongan B40 dan M40.
Bantuan kewangan yang disediakan adalah sehingga RM2500 dan akan mula disalurkan kepada mereka yang layak bagi sesi 2025.
PROGRAM BANTUAN YAYASAN KELUARGA MALAYSIA
Yayasan Keluarga Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2021 dan sehingga hari ini telah memberi manfaat kepada 534 penerima bantuan. Sumbangan ini bertujuan untuk menyokong pelajar dalam meneruskan pendidikan mereka serta mengurangkan beban kewangan yang mungkin mereka hadapi.
Program bantuan YKM menyediakan sokongan yang sangat diperlukan kepada pelajar berpotensi dari golongan berpendapatan rendah. Dengan adanya sokongan kewangan ini, pelajar berpeluang untuk memberi tumpuan yang lebih kepada pelajaran tanpa tertekan dengan masalah kewangan.
JENIS BANTUAN YAYASAN YKM
Berikut adalah senarai jenis bantuan yang disediakan oleh pihak YKM :
BANTUAN KASIH YKM
- Insetif diberikan secara tahunan (berfasa) kepada penerima yang layak mengikut kategori
- Kategori A : Dibawah 15 tahun (RM2,000)
- Kategori B : 16 tahun sehingga tamat Ijazah sarjana muda pertama (RM2,500)
AWAL PERSEKOLAHAN
- Bantuan pendidikan sebanyak RM300 secara sekali bayar kepada anak yang masih bersekolah
BANTUAN MENARA GADING
- Insentif RM300 one-off untuk pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
PANDUAN DAFTAR BANTUAN YAYASAN KELUAGA MALAYSIA
Untuk memohon bantuan YKM, pelajar dan ibu bapa perlu mengisi borang permohonan yang disediakan. Pastikan semua dokumen sokongan dikemukakan dengan lengkap untuk memudahkan proses kelulusan.
Masyarakat digalakkan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila layari laman web rasmi YKM – https://yayasankeluargamalaysia.org.my/bantuan-ykm/ atau menghubungi pejabat YKM terdekat.
Dengan bantuan yang tepat, kerajaan berharap dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan semua pelajar berpeluang mencapai kejayaan.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat bermacam lagi jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia : Bantuan Sehingga RM2500 appeared first on Carianterbaru.