Bantuan Yayasan Bank Rakyat (YBR) adalah program insentif persekolahan yang bertujuan untuk membantu pelajar daripada keluarga B40. Inisiatif ini merupakan langkah proaktif bagi meringankan beban kewangan. Yang sering dihadapi oleh keluarga pelajar, terutamanya ketika memerlukan kelengkapan untuk sesi persekolahan baru.

PROGRAM BANTUAN YAYASAN BANK RAKYAT

Untuk makluman umum, sebuah program pemberian sumbangan bantuan untuk pelajar dari keluarga B40 telah dilancarkan minggu ini. Pemberian bantuan khas ini telah berlangsung di Beruas Perak yang memberi manfaat kepada para pelajar.

Dengan peruntukan sebanyak RM40,000, bantuan ini telah diagihkan kepada 400 pelajar di kawasan Beruas. Setiap pelajar menerima bantuan ini sebanyak RM100 secara one-off.

Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Beruas, yang membuktikan komitmen semua pihak dalam memastikan pendidikan tidak terhalang oleh masalah kewangan.

Program bantuan persekolahan YBR ini diharapkan dapat memberikan impak positif kepada para pelajar dan keluarga. Dengan bantuan yang diterima, mereka dapat membeli kelengkapan sekolah yang diperlukan seperti buku, alat tulis, dan uniform.

Dengan cara ini, YBR berusaha untuk memberikan sokongan kepada mereka yang paling memerlukan, memastikan setiap anak mendapat peluang yang sama dalam mencapai kejayaan akademik.

Untuk makluman, sepanjang tahun lalu seramai 31,000 murid/ pelajar sekolah telah menerima manfaat daripada bantuan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3 juta. Untuk lebih butiran berkenaan program dan bantuan yang disediakan.

Sila kunjungi laman rasmi Yayasan Bank Rakyat – https://www.yayasanbankrakyat.com.my/ sebagai rujukan masyarakat.

The post Bantuan Yayasan Bank Rakyat RM100 Untuk Pelajar B40 appeared first on Carianterbaru.