Bantuan Sumbangan Keperluan Asas – Kerajaan negeri telah membuka portal bagi rakyat membuat semakan kelayakan (SKAS) bermula hari ini. Langkah ini merupakan sebahagian daripada insentif dibawah belanjawan 2025, yang bertujuan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup penduduk tempatan.
PROGRAM BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS (SKAS)
Untuk makluman umum, bermula Januari 2025 semakan kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dibuka. Mereka yang mempunyai atau pemegang kad pengenalan ‘K’ boleh membuat semakan status kelayakan.
Bagi mereka yang ingin membuat semakan sumbangan, proses ini boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal yang telah disediakan. Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) telah menjelaskan bahawa pengguna hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan untuk mengetahui kelayakan mereka.
Ini menjadikan proses semakan lebih mudah dan efisien, tanpa perlu pergi ke pejabat kerajaan. Bantuan SKAS ini akan disalurkan melalui aplikasi Sarawak Pay (SPAY Global).
Kadar bantuan adalah berjumlah RM800 bagi kategori isi rumah, manakala bantuan bagi individu bujang adalah sebanyak RM250 dan RM400 untuk warga emas. Dengan ini, diharapkan setiap golongan yang layak dapat menerima insentif ini, sekaligus membantu mereka dalam menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS
Berikut adalah kriteria asas syarat kelayakan penerima bantuan SKAS tahun 2025 :
- Warganegara Malaysia
- Kategori isi rumah, bujang dan warga emas
- Pendapatan kasar bulanan dibawah RM5,000
- Lahir di negeri Sarawak
- Tiada kelayakan had umur.
Jika anda menepati kelayakan, semakan status boleh dikemukakan terus secara dalam talian. Untuk rujukan lebih lanjut dan semakan kelayakan, sila layari laman rasmi – SKAS 2025
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak lagi jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai inisiatif yang ada sepanjang tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan Sumbangan Keperluan Asas : Semak Kelayakan Dibuka appeared first on Carianterbaru.