Bantuan Subsidi FLYSiswa RM400 untuk Pelajar 2025
Bantuan subsidi FlySiswa untuk para pelajar merupakan satu inisiatif penting yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa karnival FlySiswa di Shah Alam, program ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada pelajar yang layak.
BANTUAN SUBSIDI FLYSISWA DINAIKKAN
Seperti yang diumumkan, bantuan subsidi FlySiswa akan dinaikkan kepada RM400 berbanding RM300 sebelum ini. Langkah ini diambil sebagai usaha untuk memastikan bahawa pelajar dapat menampung perbelanjaan pengajian mereka dengan lebih baik.
Meningkatkan jumlah bantuan subsidi ini adalah tanda komitmen kerajaan dalam memberikan sokongan kepada pendidikan dan kebajikan pelajar di Malaysia. Bantuan ini disediakan adalah sebagai meringankan beban pelajar Universiti terutama dari Sabah, Sarawak dan Labuan.
Dengan adanya penebusan bantuan subsidi RM400 ini dapat memberi manfaat dan mengurangkan kos tiket penerbangan yang tinggi untuk pulang ke kampung halaman.
Perlaksanaan bantuan subsidi ini akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025. Pelajar yang berkelayakan boleh mendapatkan bantuan ini secara percuma.
Untuk memastikan anda tidak terlepas peluang ini, adalah penting untuk sentiasa mengikuti perkembangan mengenai program ini. Dengan bantuan yang disediakan, diharapkan pelajar dapat meneruskan pengajian mereka tanpa halangan kewangan yang besar.
Segala maklumat terkini berkenaan FLYSiswa ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan umum masyarakat.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pada tahun ini terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif telah diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info selengkapnya.
The post Bantuan Subsidi FLYSiswa RM400 untuk Pelajar 2025 appeared first on Carianterbaru.