Bantuan Subsidi Flysiswa 2025 : Dinaikkan Kepada RM400
Bantuan Subsidi Flysiswa 2025 – Untuk makluman umum, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan bantuan khas ini. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban mahasiswa dan membolehkan mereka memberi fokus sepenuhnya kepada pembelajaran tanpa tekanan kewangan yang berlebihan.
PROGRAM BANTUAN SUBSIDI FLYSISWA 2025
Satu berita baik buat para pelajar, kadar bantuan subsidi Flysiswa telah dinaikkan kepada RM400, berbanding dengan RM300 sebelum ini. Kenaikan ini adalah langkah proaktif kerajaan bagi memastikan sokongan yang lebih relevan kepada pelajar-pelajar yang memenuhi syarat kelayakan.
Ini pasti akan memberi manfaat yang besar kepada mereka dalam menyara pelajaran mereka sendiri. Permohonan untuk bantuan subsidi ini telah dibuka mulai 1 Januari 2025.
Sekitar 74,500 pelajar yang terdaftar di universiti awam, politeknik, matrikulasi dan institut pendidikan guru layak untuk memohon. Penawaran bantuan ini adalah kesinambungan usaha kerajaan untuk menyokong golongan pelajar dalam mengejar pendidikan yang lebih tinggi.
Dengan pelaksanaan program Flysiswa, diharapkan para mahasiswa dapat menjalani kehidupan akademik yang lebih lancar dan sukses. Inisiatif Flysiswa ini adalah bantuan subsidi tiket penerbangan pelajar IPT.
KELAYAKAN BANTUAN FLYSISWA 2025
Berikut adalah syarat kelayakan asas bagi permohonan bantuan RM400 melalui program Flysiwa 2025 :
- Warganegara Malaysia
- Berstatus pelajar tahun 2025
- Menuntut di Universiti Awam (UA), politeknik dan Kolej komuniti (KPT), kolej matrikulasi dan institusi pendidikan Guru (KPM).
Kepada mereka yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat bantuan subsidi berjumlah RM400 ini secara percuma. Pendaftaran permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian.
Untuk panduan lengkap dan permohonan, sila layari laman portal rasmi FLYSiswa 2025 – https://subsidiudara.mot.gov.my/
Syarikat penerbangan yang terlibat dalam program subsidi ini adalah Malaysia Airlines, Batik air, Air asia, Firefly dan MASwings. Lebih butiran anda boleh semak dan rujuk pada halaman utama disediakan diatas sebagai rujukan umum.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan program inisiatif bantuan disediakan bagi membantu mengurangkan beban rakyat terutama golongan memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info selengkapnya.
The post Bantuan Subsidi Flysiswa 2025 : Dinaikkan Kepada RM400 appeared first on Carianterbaru.