Bantuan STR Fasa 1 – pembayaran bantuan tunai ini adalah inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari golongan B40 dan M40. Bagi penerima yang tidak mempunyai kad bank, penebusan bantuan secara tunai dapat dilakukan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
Ini adalah peluang bagi mereka untuk mendapatkan bantuan sehingga RM500, bergantung kepada kelayakan dan bilangan tanggungan anak.
BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA 1 (JANUARI)
Untuk memulakan penebusan, penerima yang tidak mempunyai kad bank perlu mengunjungi cawangan BSN yang terdekat. Proses penebusan akan bermula pada 22 Januari 2025 di seluruh Malaysia.
Pastikan anda membawa dokumen pengenalan diri yang sah untuk memudahkan proses tuntutan bantuan tunai ini. Pihak BSN akan membantu dalam pemprosesan penebusan bantuan tunai STR.
Ini penting supaya semua penerima dapat menerima bantuan tanpa sebarang kesulitan. Tuntutan boleh dibuat di kaunter pada waktu bekerja sepanjang minggu ini.
KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 & KELAYAKAN
Kadar bayaran bantuan tunai STR Fasa Pertama adalah sehingga RM500, dan ia ditetapkan berdasarkan kategori dan bilangan tanggungan anak. Oleh itu, adalah penting bagi setiap penerima untuk memahami kelayakan mereka agar dapat memanfaatkan bantuan yang ditawarkan.
Semoga inisiatif ini dapat membantu meringankan beban dan memenuhi keperluan harian bagi mereka yang terjejas. Berikut adalah kelayakan dan kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi fasa 1 mengikut kategori :
KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS
- Bujang berumur 21 tahun dan keatas : RM150
- Orang tua (warga emas) berumur 60 tahun dan keatas : RM150
ISI RUMAH (PENDAPATAN DIBAWAH RM2,500 SEBULAN)
- Tiada anak (0) : RM500
- Bilangan anak (1-2) : RM500
- Bilangan anak (3-4) : RM500
- Bilangan anak (lebih 5) : RM500
KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN DIBAWAH RM5,000 SEBULAN)
- Tiada anak (0) : RM150
- Bilangan anak (1-2) : RM200
- Bilangan anak (3-4) : RM250
- Bilangan anak (lebih 5) : RM300
Nota : Bagi penerima sedia ada STR yang mempunyai akaun bank, pengkreditan secara terus ke dalam akaun akan disalurkan secara berperingkat. Untuk semakan status kredit bayaran fasa 1, anda boleh layari laman web rasmi MySTR 2025 – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pada tahun ini kerajaan MADANI telah memperkenalkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai panduan.
The post Bantuan STR Fasa 1 Kini Boleh Ditebus Di BSN appeared first on Carianterbaru.