Bantuan SKAS RM800 – Untuk makluman umum, pendaftaran dan semakan kelayakan bagi bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak telah dibuka bermula 1 Januari 2025. Inisiatif ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri sebagai satu program bantuan yang bertujuan untuk meringankan beban rakyat, khususnya dalam mendapatkan keperluan asas.
BANTUAN SKAS SEHINGGA RM800
Kepada yang terlepas pandang, kerajaan negeri telah memperkenal dan melaksanakan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai SKAS. Melalui program ini, pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan dalam bentuk edompet.
Program SKAS ini memperuntukan dana bantuan sebanyak RM450 juta pada tahun 2025. Inisiatif khas ini akan memberi manfaat kepada sekitar 850,000 penerima yang berkelayakan.
Jumlah bantuan yang ditawarkan adalah sehingga RM800 setahun, yang dapat digunakan secara langsung untuk pembelian barangan di pasaraya berdaftar. Ini memberikan kemudahan kepada penerima bantuan untuk mendapatkan keperluan asas tanpa sebarang kekangan.
Berikut adalah kadar bayaran bantuan yang disediakan mengikut kelayakan setiap kategori :
- Isi rumah : RM800 setahun
- Bujang : RM250 setahun
- Warga emas : RM400 setahun.
PENDAFTARAN & SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SKAS
Seperti yang telah dimaklumkan, pemohon perlu menepati beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti :
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000
- Berada dalam kategori bujang, isi rumah atau warga emas
- Menetap di negeri Sarawak.
Pemohon dinasihatkan untuk mendaftar dan menyemak kelayakan mereka secepat mungkin, bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk mendapatkan bantuan ini. Proses pendaftaran mudah dilakukan secara dalam talian, dan semua maklumat yang berkaitan boleh didapati di laman web rasmi.
Pastikan semua dokumen sokongan disediakan untuk mempercepatkan proses semakan kelayakan. Untuk panduan lengkap dan butiran penuh, sila kunjungi halaman portal rasmi – SKAS 2025
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Sepanjang tahun 2025, kerajaan perpaduan telah menyediakan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Kepada yang tidak tahu atau terlepas pandang, sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan SKAS RM800 : Pendaftaran Kini Dibuka appeared first on Carianterbaru.