Bantuan SARA : Pihak kerajaan telah memperkenalkan program Sumbangan Asas Rahmah bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan B40. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup penerima melalui bantuan kewangan yang disediakan.

Dengan adanya program ini, pendapatan mereka dapat ditingkatkan dan keperluan harian dapat dipenuhi dengan lebih baik.

PENERIMA BAHARU BANTUAN SARA 2025

Mulai 1 April 2025, penerima baharu sumbangan SARA kini boleh memulakan langkah untuk membuat pembelian barangan keperluan. Ini adalah satu inisiatif yang amat dialu-alukan, di mana pendaftar sumbangan dapat menggunakan bantuan yang mereka terima untuk mendapatkan barang keperluan asas.

Penyaluran dana melalui program ini diharapkan dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh keluarga dalam kategori B40. Untuk makluman umum, bantuan SARA kini telah diperluaskan kepada kategori penerima B40 sehingga Disember 2025.

Dengan perkembangan ini, lebih ramai individu dan keluarga yang layak akan menerima bantuan, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menjadi lebih berdikari dalam menguruskan kewangan harian. Ini adalah langkah positif ke arah membangunkan masyarakat yang lebih sihat dan sejahtera.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA MULAI APRIL

Berikut adalah kadar bayaran bulanan bantuan SARA mengikut kategori mulai April ini :

KATEGORI ISI RUMAH / BERKELUARGA 

  • Miskin / miskin tegar : RM200 Sebulan
  • STR sahaja : RM100 sebulan

WARGA EMAS 

  • Miskin / miskin tegar : RM150 sebulan
  • STR sahaja : RM100 sebulan

KATEGORI BUJANG 

  • Miskin / miskin tegar : RM50 sebulan
  • STR sahaja : Tiada pembayaran.

Nota : Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah ini dikreditkan secara terus ke dalam mykad setiap penerima secara bulanan. Amaun tersebut boleh digunakan dengan pembelian barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA APRIL INI

Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini, semakan status kelayakan boleh dibuat secara dalam talian. Untuk maklumat lengkap dan semakan status, sila layari laman rasmi – MySARA 2025

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan SARA : Penerima Baharu Kini Boleh Membuat Pembelian appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: