Bantuan SARA One-Off – Inisiatif Sumbangan Asas Rahmah diperkenalkan sebagai langkah untuk membantu golongan B40 di negara ini. Program ini dirancang untuk memberikan bantuan kewangan kepada individu dan keluarga yang memerlukan.
BANTUAN SARA ONE-OFF
Pada bulan ini, bantuan khas ini akan memberikan sebagai sokongan kewangan yang sangat diperlukan kepada penerima. Pihak yang layak untuk menerima sumbangan ini akan diberikan bantuan secara one-off.
Siapa yang berkelayakan? bantuan khas ini adalah khusus kepada penerima STR berstatus B40 bukan miskin tegar. Pembayaran bantuan ini disalurkan secara pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN.
Untuk individu bujang dan warga emas, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM150. Di samping itu, kategori isi rumah / keluarga yang memenuhi syarat akan mendapat RM300.
Kadar ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan mereka yang terjejas terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar. Inisiatif ini merupakan salah satu cara kerajaan untuk memastikan tiada golongan yang tertinggal dalam proses pembangunan negara.
Dengan memberikan bantuan kepada kategori B40, kerajaan berharap dapat memperbaiki kualiti hidup dan menyediakan sokongan kepada mereka dalam keperluan asas harian. Sumbangan ini juga menunjukkan komitmen kerajaan dalam memerangi kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA
Berikut adalah kriteria asas kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Penerima STR 2024
- Isi rumah pendapatan di bawah RM5,000 sebulan
- Bujang dan warga emas tiada pasangan pendapatan di bawah RM5,000 sebulan
- Berumur 21 tahun dan keatas
- Bukan penerima bantuan bulanan JKM
- Berada dalam kelompok B40.
Nota : Pemberian insentif SARA B40 ini akan dilaksanakan pada 9 Disember 2024 secara menyeluruh seluruh Malaysia. Kepada penerima tiada kad bank, tebus secara tunai di Bank Simpanan Nasional boleh dibuat pada tarikh tersebut.
SEMAKAN STATUS BANTUAN
Ikuti panduan langkah-langkah semakan status kelayakan seperti di bawah :
- Layari laman portal rasmi – SEMAKAN MYSARA KASIH
- Klik butang ‘Semak Status’
- Masukan butiran yang diperlukan
- Masukan kata laluan yang betul
- Klik pada bahagian ruangan [Semakan Permohonan]
- Status bayaran Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan (Jika lulus)
- Selesai.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat pelbagai jenis program inisiatif dan kemudahan telah disediakan oleh kerajaan khususnya bantuan kewangan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan SARA One-Off Dikreditkan Bulan Ini (Kategori B40) appeared first on Carianterbaru.