Bantuan Sara Hidup MAIDAM – Kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu telah melaksanakan sebuah inisiatif. Program berbentuk insentif kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup.

Perlaksanaan ini dirancang untuk membantu golongan terjejas terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar. Ia adalah usaha kerajaan untuk memastikan bahawa keperluan asas rakyat dapat dipenuhi, walaupun dalam keadaan sukar.

PROGRAM BANTUAN SARA HIDUP MAIDAM

Inisiatif khas ini adalah sebuah bantuan kewangan bulanan atau berkala yang ditawarkan kepada individu atau keluarga yang memerlukan. Bantuan Sara Hidup bertujuan meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh individu dan keluarga yang mengalami kesukaran.

Dengan pelaksanaan program ini, kerajaan berharap dapat menyediakan sokongan yang diperlukan kepada mereka yang terjejas oleh faktor luar seperti peningkatan kos sara hidup dan kehilangan sumber pendapatan.

Program ini diharapkan dapat memberikan impak positif kepada kesejahteraan masyarakat. Untuk menyertai Bantuan Sara Hidup, individu yang berminat perlu memenuhi syarat tertentu yang ditetapkan oleh MAIDAM.

Antara syarat kelayakan termasuklah pendapatan isi rumah, status pekerjaan, dan keperluan asas lain. Proses pendaftaran adalah mudah dan terbuka kepada semua yang layak. Ini adalah langkah penting dalam memastikan bantuan mencapai mereka yang memerlukan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP

Bagi mereka yang berminat, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian. Sebelum daftar, calon perlu menepati kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di negeri Terengganu
  • Beragama islam
  • Tergolongan dalam kategori golongan terjejas atau asnaf
  • Bukan penerima bantuan bulanan tetap dari mana-mana agensi lain
  • Pendapatan bulanan isi rumah dibawah had kifayah.

Jika berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk kemukakan pendaftaran permohonan secara online. Untuk panduan lengkap dan cara mohon, sila layari laman rasmi MAIDAM – https://www.maidam.gov.my/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan MADANI bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai penuh insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Sara Hidup MAIDAM : Syarat Memohon appeared first on Carianterbaru.

Categorized in: