Bantuan SARA Diperluas untuk golongan B40 mulai 1 April ini seluruh negara membabitkan 5.4 juta penerima yang berkelayakan. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif penting yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha membantu golongan yang memerlukan.
Pelaksanaan sumbangan ini dijadualkan bermula pada 1 April 2025 secara berperingkat di seluruh negara. Langkah ini diambil untuk memastikan sokongan yang lebih besar bagi rakyat, khususnya di kalangan golongan B40.
BAYARAN BANTUAN SARA DIPERLUAS UNTUK B40
Melalui pelaksanaan baru ini, bilangan penerima sumbangan asas rahmah akan meningkat secara ketara daripada 700,000 kepada 5.4 juta penerima. Ini menunjukkan usaha kerajaan untuk memperluaskan sokongan kepada rakyat yang terkesan, terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi.
Pembayaran ini dirancang untuk dilaksanakan secara berperingkat, menjadikannya lebih sistematik dan tersusun. Golongan B40, yang merangkumi mereka yang berada dalam kumpulan pendapatan terendah, akan menjadi fokus utama dalam inisiatif sumbangan ini.
Dengan memberikan bantuan yang lebih luas dan menyeluruh, kerajaan berhasrat untuk mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh golongan ini. Ini sekali gus akan membantu meningkatkan kualiti hidup mereka dan mendorong pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.
KADAR BAYARAN BANTUAN SARA MULAI 1 APRIL
Berikut adalah kadar jumlah bayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan mulai 1 April 2025 mengikut kategori :
- Isi rumah (STR & Ekasih) : RM200 sebulan
- Warga emas (STR & Ekasih) : RM150 sebulan
- Bujang (STR & Ekasih) : RM50 sebulan
- Isi rumah (STR sahaja) : RM100 sebulan
- Warga emas (STR sahaja) : RM50 sebulan
- Bujang (STR sahaja) : Tiada bayaran.
Nota : Kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah diatas akan dibayar setiap bulan bermula April sehingga Disember 2025. Penyaluran bayaran bantuan ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA 2025
Untuk pengetahuan umum, bantuan SARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan, ianya diberikan hanya kepada penerima STR sahaja. Jika anda merupakan penerima STR tahun ini, semakan status kelayakan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi MyKasih – https://www.mykasih.com.my/
Kepada penerima yang layak, amaun bantuan yang diterima boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdekatan menggunakan MyKad.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah menyediakan pelbagai kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan SARA Diperluas Untuk Golongan B40 Mulai 1 April appeared first on Carianterbaru.