BANTUANRMRRMR 2.0RUMAH MESRA RAKYATrumahmesrarakyat

Bantuan Rumah Mesra Rakyat 2.0 : Permohonan Kini Dibuka

Bantuan Rumah Mesra Rakyat 2.0 : Permohonan kini dibuka kepada warganegara Malaysia yang belum memiliki rumah sendiri. Untuk makluman umum, kerajaan telah bersetuju untuk melancarkan program perumahan mampu milik RMR 2.0.

BANTUAN RUMAH MESRA RAKYAT 2.0

Kerajaan menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memperkenalkan program Rumah Mesra Rakyat 2.0. Program ini diadakan adalah bertujuan mempercepatkan peluang rakyat untuk memiliki kediaman sendiri pada kadar harga mampu milik.

Apa yang menarik adalah program RMR 2.0 ini hanya memerlukan proses tempoh maksimum 3 bulan sahaja jika layak. Edisi 2.0 jauh lebih cepat berbanding edisi 1.0 yang memerlukan pemohon menunggu giliran masing-masih dalam tempoh yang lama.

Dalam skim program RMR ini, mereka yang layak akan menerima bantuan subsidi berjumlah RM20,000. Bukan itu sahaja, syarat utama kelayakan pendapatan juga telah dinaikkan kepada RM5,000 berbanding edisi 1.0 hanya dibuka kepada pendapatan RM3,000.

CIRI-CIRI RUMAH MESRA RAKYAT

Untuk sedia maklum, kadar nilai seunit perumahan RMR 2.0 adalah bermula daripada RM75,000 sehingga RM85,000. Mengikut data maklumat, sekitar 63,000 buah rumah telah berjaya disiapkan selama tempoh program ini dilaksanakan.

Ciri-ciri asas perumahan RMR adalah mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang tamu dan 1 ruang dapur. Untuk lebih jelas, dibawah dikongsikan harga rumah mesra rakyat mengikut kawasan negeri :

SEMENANJUNG

  • Keluasan rumah : 750 kps
  • Harga rumah : RM75,000
  • Bantuan subsidi : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000
  • Anggaran bayar bulanan : RM300 (16 tahun)

PULAU DI SEMENANJUNG

  • Keluasan rumah : 750 kps
  • Harga rumah : RM85,000
  • Bantuan subsidi : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM65,000
  • Anggaran bayaran bulanan : RM350 (16 tahun)

SABAH/ SARAWAK/ LABUAN

  • Keluasan rumah : 750 kps
  • Harga rumah : RM75,000 – RM105,000
  • Bantuan subsidi : RM20,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000 – RM85,000
  • Anggaran bayaran bulanan : RM300 – RM470 (tempoh 16 tahun)

KRITERIA KELAYAKAN MOHON RUMAH MESRA RAKYAT 2.0

Antara kriteria asas syarat kelayakan untuk memohon perumahan RMR 2.0 adalah seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon serta pasangan belum pernah memiliki rumah/ kediaman sendiri atau memiliki rumah usang yang tidak sempurna
  • Tapak tanah bersesuaian dan bebas daripada jenis gadaian
  • Jika pemohon bukan pemilik tanah, surat kebenaran diperlukan
  • Keluasan tanah tidak boleh kurang daripada 3,600 kps (bergantung reka bentuk rumah).

DAFTAR PERMOHONAN RMR 2.0 SEGERA

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat kemudahan yang ditawarkan ini. Panduan lengkap dan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – RMR 2.0 (2024)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan bulanan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Rumah Mesra Rakyat 2.0 : Permohonan Kini Dibuka appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button