Bantuan MyKad RM1800 telah mula dikreditkan secara berperingkat sepanjang tahun ini kepada rakyat Malaysia yang layak. Pemberian ini adalah sebahagian daripada insentif bantuan khas yang bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Sekitar 700,000 penduduk Malaysia layak menerima manfaat daripada bantuan khas ini pada tahun 2024.
PEMBERIAN BANTUAN MYKAD RM1800
Jumlah bantuan khas MyKad ini telah ditetapkan berdasarkan kategori kelayakan masing-masing. Rakyat Malaysia yang berada dalam kategori tertentu, seperti golongan berpendapatan rendah, layak untuk menerima bantuan ini.
Negeri yang terlibat menerima bayaran ke dalam mykad adalah Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor, Kedah, dan semua negeri di Semenanjung Malaysia. Untuk negeri Sabah dan Sarawak, bayaran bantuan ini akan dilakukan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
Penduduk di kawasan ini dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai proses pembayaran untuk memastikan mereka menerima bantuan ini. Sekali lagi, bantuan ini adalah inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terjejas.
KELAYAKAN & KADAR BANTUAN MYKAD 2024
Berikut adalah kelayakan dan kadar bayaran bantuan yang telah ditetapkan mengikut kategori :
BUJANG
- Berumur 21 hingga 59 tahun
- Kadar bayaran dari RM150 hingga RM600
WARGA EMAS
- Berumur 60 tahun keatas
- Kadar bayaran dari RM150 hingga RM1,200
ISI RUMAH
- Pendapatan bulanan dibawah RM5,000
- Kadar bayaran dari RM300 hingga RM1,200.
Kadar bayaran bantuan ditentukan mengikut kelayakan kategori, gaji bulanan dan bilangan anak. Untuk kemaskini, pada 9 Disember ini bayaran bantuan mykad ini akan dikreditkan kepada kategori B40 bujang RM150 dan isi rumah RM300 secara one-off.
Dengan adanya perlaksanaan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah atau bantuan mykad ini dapat membantu mengurangkan beban rakyat. Amaun yang diberikan boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya seluruh Malaysia.
Untuk memastikan sama ada anda layak mendapatkan bayaran bantuan ini, semakan status secara online boleh dibuat segera. Butiran selengkapnya dan semakan status boleh dibuat melalui laman rasmi – MyKasih SARA
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat tempatan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Bantuan MyKad RM1800 Dikreditkan Secara Berperingkat appeared first on Carianterbaru.