2024BANTUANBMTMusimtengkujuhRISDA

Bantuan Musim Tengkujuh 2024 : Permohonan Baharu Dibuka

Bantuan Musim Tengkujuh 2024 : Permohonan baharu dan kemaskini maklumat kini dibuka kepada menyeluruh bermula 1 Jun. Seperti yang telah dimaklumkan Kementerian Kewangan, BMT adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah Belanjawan 2024.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2024

Kerajaan telah melaksanakan sebuah skim khas yang dikenali sebagai bantuan musim tengkujuh atau BMT. Pemberian insentif khas ini adalah bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas pada waktu musim tengkujuh atau monsun timur laut.

Program BMT ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak RISDA pada tahun ini dan bantuan diberikan pada kadar jumlah RM800. Inisiatif khas ini juga telah dilancarkan secara tahunan dan permohonan bagi tahun ini telah dibuka bermula 1 Jun 2024.

Kepada pemohon yang lulus, mereka akan menerima bayaran bantuan pada kadar RM200 dalam tempoh 4 bulan. Berdasarkan sebelum ini bayaran BMT dikreditkan pada November, Disember, Januari dan Februari.

SYARAT UTAMA KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

RISDA telah menetapkan beberapa kriteria asas syarat kelayakan bagi permohonan bantuan khas BMT RM800 ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai kad PAT-G yang masih aktif dan sah
  • Pemilih tanah yang sah (pekebun kecil)
  • Mempunyai keluasan milikan tanah dari 0.1 hingga 4 hektar (pekebun kecil)
  • Perlu surat pengesahan dari pemilik tanah/ wakil yang sah (penoreh)

PANDUAN MEMOHON BANTUAN BMT 2024

Kepada yang berkenaan dan berkelayakan, permohonan secara online boleh dikemukakan selagi ianya masih dibuka pada tahun ini. Panduan lengkap cara mohon telahpun disediakan, sila rujuk pada laman portal rasmi bantuan – BMT RISDA 2024

Bagi pemohon, jangan lupa sertakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan urusan semakan permohonan dari pentadbiran. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan BMT, kalian boleh hubungi talian khas RISDA di – 03 4256 4022 atau faks – 03 4257 6726.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak lagi jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan masih boleh dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post Bantuan Musim Tengkujuh 2024 : Permohonan Baharu Dibuka appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button