BANTUANberita

Bantuan Khas Raya 2025 : Bayaran RM250 & RM500 One-Off

Bantuan Khas Raya 2025 : Pihak kerajaan telah membuat keputusan untuk meneruskan pemberian bantuan tunai RM500 dan RM250 bagi tahun ini. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada rakyat Malaysia.

Bantuan ini adalah khusus kepada penjawat awam dan pesara kerajaan yang mungkin memerlukan bantuan tambahan dalam menghadapi cabaran kos hidup yang semakin meningkat.

PENERIMA BANTUAN KHAS RAYA 2025

Seperti yang telah dimaklumkan pada sidang Belanjawan 2025, bantuan one-off ini akan disalurkan sebelum sambutan raya aidilfitri. Insentif one-off ini akan disalurkan kepada penjawat awam yang berada dalam gred 56 ke bawah serta pesara kerajaan.

Dengan langkah ini, pihak kerajaan berharap dapat meringankan beban golongan pendapatan rendah. Ini bagi memastikan mereka dapat menyambut musim perayaan dengan lebih ceria tanpa tekanan kewangan yang berlebihan.

Adanya bantuan khas raya ini, diharapkan bahawa penerima akan dapat menggunakan wang tersebut untuk memenuhi keperluan harian atau mungkin merancang aktiviti keluarga sempena hari raya. Inisiatif seperti ini menunjukkan komitmen pihak kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan, dan diharap bahawa langkah-langkah terus diambil bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.

Berikut adalah kelayakan penerima bantuan raya tahun ini :

  • Penjawat awam : Berada dalam gred 56 dan kebawah, berkhidmat dalam sektor kerajaan di pelbagai jabatan dan kementerian (RM500).
  • Pesara kerajaan : Telah tamat perkhidmatan dalam sektor awam (RM250).

TARIKH BAYARAN BANTUAN RAYA

Untuk makluman umum, berdasarkan tarikh hari raya aidilfitri tahun ini, bayaran bantuan khas kewangan ini akan disalurkan pada bulan April 2025. Pengagihan bantuan ini akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank penerima.

Untuk lebih maklumat berkenaan program dan bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan, sila layari laman rasmi – BELANJAWAN 2025 sebagai rujukan umum.

The post Bantuan Khas Raya 2025 : Bayaran RM250 & RM500 One-Off appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button