Bantuan khas Aidilfitri RM1500 – Insentif bonus raya ini akan mula dikreditkan secara berperingkat pada 24 Mac 2025. Inisiatif ini direka untuk meringankan beban penjawat awam dalam persiapan sambutan Hari Raya.
Dengan bantuan ini, diharapkan para penjawat awam dapat merayakan hari penuh bererti ini dengan lebih meriah. Pemberian bantuan khas raya puasa ini akan disalurkan seminggu sebelum sambutan aidilfitri tahun ini.
BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM1500
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) ini merupakan langkah penting bagi memastikan penjawat awam di seluruh negeri Perak dapat menjalani sambutan hari raya dengan lebih tenang. Dengan pengkreditan yang dilakukan secara terus ke dalam akaun bank, pemberian ini membolehkan mereka merancang perbelanjaan dengan lebih baik.
Insentif ini bukan sahaja menyokong keperluan asas tetapi juga memberi peluang kepada penjawat awam untuk membeli barangan keperluan hari raya yang lain. Pelaksanaan bantuan ini akan dilakukan secara sistematik, memastikan semua penjawat awam menerima bantuan sebelum minggu raya.
Proses pengkreditan yang efisien ini memberi jaminan bahawa semua individu yang layak akan menerima bantuan tepat pada masanya. Di harapkan semua pihak dapat memanfaatkan bantuan ini untuk meraikan Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kebersamaan. Dengan adanya BKKA, semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih bahagia bagi semua yang terlibat.
SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI
Pemberian insentif bantuan khas kewangan aidilfitri ini akan memberi manfaat kepada lebih 13,000 penerima yang layak seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia
- Warga Perak
- Penjawat awam tetap dan kontrak
- Guru lantikan negeri
- Orang Besar Jajahan (OBJ)
- Pekerja sambilan harian.
Nota : Kadar bayaran BKK bagi negeri Perak telah dinaikkan RM1500 berbanding RM1000 pada tahun lalu. Pembayaran akan mula dikreditkan berperingkat bermula 24 Mac 2025, untuk rujukan sila layari laman rasmi kerajaan negeri Perak – https://www.perak.gov.my/
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Kerajaan negeri lain juga telah melancarkan beberapa inisiatif bantuan kewangan pada bulan ini bagi membantu penduduk yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.
The post Bantuan Khas Aidilfitri RM1500 Dikreditkan 24 Mac Ini appeared first on Carianterbaru.