Program bantuan e-wallet RM300 yang akan dikreditkan pada bulan Oktober ini adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk membantu keluarga yang layak dalam memenuhi keperluan asas. Ini merupakan langkah kerajaan negeri untuk mengurangkan beban kos sara hidup bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
INISIATIF BANTUAN E-WALLET RM300
Kerajaan telah memperkenalkan sebuah insentif yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera bingkas. Insentif yang ditawarkan adalah bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun kepada pemohon yang layak.
Setiap tahun kerajaan negeri menyasarkan sekitar 30,000 buah keluarga dapat menggunakan manfaat daripada program khas ini. Kepada yang lulus permohonan, amaun bantuan ini boleh digunakan setiap bulan di pasaraya berdaftar.
Bantuan ini adalah khusus untuk keluarga yang berasal daripada golongan B40 dan M40, dengan pendapatan bulanan di bawah RM5,000. Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai tanggungan. Sambutan bagi program ini adalah terbuka kepada semua yang memenuhi syarat yang ditetapkan.
Mereka yang berkelayakan dinasihatkan untuk segera mendaftar bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang yang ditawarkan. Antara kriteria kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Berstatus warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah sekurang-kurangnya 2 orang
- Pemilih berdaftar
- Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
MANFAAT & PANDUAN DAFTAR BANTUAN E-WALLET
Dengan bantuan e-wallet ini, golongan yang berkelayakan dapat menggunakan pembiayaan tambahan untuk membeli barangan keperluan asas. Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban kewangan keluarga dan sekaligus memperbaiki kualiti hidup mereka.
Bantuan bulanan ini adalah sebahagian daripada program inisiatif dari kerajaan negeri yang bertujuan untuk menyediakan sokongan kepada golongan yang memerlukan. Untuk butiran lengkap dan panduan daftar, sila layari laman rasmi – BANTUAN BINGKAS E-WALLET
Pendaftaran permohonan akan ditutup sekiranya kuota telah penuh dan akan dibuka semula pada tarikh yang akan diumumkan.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada sepanjang tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Bantuan E-Wallet RM300 untuk Keluarga B40 dan M40 appeared first on Carianterbaru.