BANTUANSumbanganTunaiRahmah

Bantuan Dikreditkan Bulan Ini – Semakan Status STR Fasa 3

Bantuan Dikreditkan Bulan Ini – Semakan Status STR fasa 3 boleh dilakukan pada bulan Ogos ini melalui portal MySTR 2024.

Bermacam jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada sidang Belanjawan 2024 khusus bagi meringankan beban rakyat.

PEMBERIAN BANTUAN DIKREDITKAN BULAN INI

Sebuah program pemberian insentif terbesar pada tahun ini adalah Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Program khas ini merupakan bantuan kewangan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia dari golongan miskin, B40 dan M40.

Skim bantuan tunai STR ini diberikan kepada kategori belia bujang, warga emas tiada pasangan serta isi rumah. Jumlah bayaran bantuan ini dikreditkan pada kadar yang telah ditetapkan mengikut kelayakan kategori dan bilangan tanggungan anak.

Pada bulan ini (Ogos) 2024, pembayaran bagi fasa ketiga Sumbangan Tunai Rahmah akan mula disalurkan secara berperingkat. Kepada penerima tiada kad bank, tuntutan secara tunai boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.

KADAR JUMLAH PEMBERIAN BANTUAN INI DIKREDITKAN

Sebagai rujukan, dibawah adalah jumlah keseluruhan bayaran STR 2024 mengikut kategori :

Keluarga / Isi Rumah Pendapatan Dibawah RM2,500 Sebulan

  • Tidak mempunyai anak 0 : RM1,000 Setahun
  • Mempunyai bilangan anak seramai 1 atau 2 orang : RM1,500 setahun
  • Mempunyai bilangan anak seramai 3 atau 4 orang : RM2,000 setahun
  • Mempunyai bilangan anak seramai 5 atau lebih : RM2,500 setahun

Keluarga / Isi Rumah Pendapatan Dibawah RM5,000 sebulan

  • Tidak mempunyai anak 0 : RM500 setahun
  • Mempunyai bilangan anak seramai 1 atau 2 orang : RM750 setahun
  • Mempunyai bilangan anak seramai 3 atau 4 orang : RM1,000 setahun
  • Mempunyai bilangan anak seramai 5 atau lebih : RM1,250 setahun

Bujang Berusia 21 tahun keatas

  • RM350 setahun

Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM600 setahun

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR OGOS INI

Antara syarat kelayakan penerima STR bagi fasa ketiga pada bulan Ogos ini adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berstatus lulus STR
  3. Kategori bujang, isi rumah dan warga emas
  4. Pendapatan bulanan dibawah RM5,000.

STATUS BAYARAN BANTUAN STR FASA KETIGA

Dijangkakan bantuan akan mula diagihkan berperingkat pada hujung bulan ini secara menyeluruh. Penerima boleh membuat semakan status bayaran pada bulan Ogos ini melalui laman pautan rasmi – Sumbangan Tunai Rahmah

RUJUKAN BANTUAN LAIN

Pada tahun ini kerajaan perpaduan menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif khusus untuk mengurangkan beban kewangan golongan B40. Untuk rujukan, sila semak senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – RUJUK SINI untuk info selengkapnya.

The post Bantuan Dikreditkan Bulan Ini – Semakan Status STR Fasa 3 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button